Kes serang wartawan, polis tahan seorang individu

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes serangan terhadap wartawan sukan Haresh Deol (gambar), di Bangsar semalam. - Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes serangan terhadap wartawan sukan dan Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Haresh Deol, di Bangsar semalam.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan oleh polis bagi membantu siasatan kes serangan terhadap wartawan sukan dan Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Haresh Deol di Bangsar.
- Suspek telah dipohon tahanan selama tiga hari hingga Jumaat ini oleh Majistret Kuala Lumpur, sementara siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian.
- Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi pihak berkuasa melalui talian yang disediakan atau ke balai polis berhampiran.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian.
Semalam, Hoo dilaporkan berkata pihaknya sedang mengesan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian serangan itu yang mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada muka, tangan dan badan selepas terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri.
Haresh yang juga pengasas bersama portal TwentyTwo13 membuat laporan polis pada 4 petang hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi ASP Mohd Adnan Alias menerusi talian 019-216 2272 atau Hotline Polis Daerah Brickfields 03-2297 9222, Hotline Polis Kontinjen Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


