Golongan lelaki paling ramai bunuh diri, Selangor tertinggi - Hannah

Hannah Yeoh (tengah) menunjukkan draf awal 'quick guide' sebagai rujukan yang mempunyai masalah ataupun kecenderungan untuk membunuh diri. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Golongan lelaki kini dikenal pasti sebagai kelompok paling ramai menjadi mangsa bunuh diri di negara ini, satu perkara membimbangkan.
Ringkasan AI
- Golongan lelaki menjadi mangsa bunuh diri paling ramai di Malaysia, khususnya belia bekerja bawah 40 tahun, menimbulkan kebimbangan.
- Data menunjukkan warga emas dan kanak-kanak turut terlibat dalam kes bunuh diri, menambah kebimbangan pihak kementerian mengenai isu ini.
- Selangor mencatatkan kes bunuh diri tertinggi diikuti Johor, Kuala Lumpur, dan Pulau Pinang; kementerian memperkenalkan quick guide sebagai rujukan intervensi awal untuk membantu mengenal pasti tanda awal dan memberi bantuan.
"Tumpuan intervensi sebelum ini banyak diberikan kepada sekolah, sedangkan data menunjukkan belia bekerja yang kebanyakannya lelaki lebih terjejas. Lebih 80 peratus daripada 5,857 kes bunuh diri yang dilaporkan di negara ini membabitkan golongan lelaki terutama dalam kalangan belia dan bekerja, secara tidak langsung mencerminkan trend yang membimbangkan.
"Penggunaan kata-kata berbaur stigma seperti “gila” atau “tidak bertanggungjawab” terhadap golongan ini menyebabkan mereka menjauhkan diri untuk mendapatkan bantuan," katanya semasa sidang media Persidangan Meja Bulat Belia Bantuan Awal Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Belia.
Hannah turut mendedahkan bahawa negeri paling tinggi mencatatkan kes bunuh diri ialah Selangor, diikuti Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang merupakan kawasan berstatus bandar.
Sehubungan itu, kementeriannya memperkenalkan quick guide sebagai rujukan intervensi awal untuk rakan sebaya, rakan sekerja, rakan serumah dan keluarga bagi mengenal pasti tanda awal serta membantu sebelum keadaan semakin serius.
Hannah turut menegaskan keperluan diagnosis tepat kerana tahap kesihatan mental berbeza-beza termasuk isu kesihatan mental ringan, kecelaruan mental hinggalah kepada penyakit mental yang masing-masing memerlukan bentuk rawatan berbeza.
Katanya, terdapat kes di mana individu mengambil masa sehingga setahun sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai, dan mereka yang tidak menerima bantuan tepat akhirnya menjadi sebahagian daripada statistik yang membimbangkan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


