MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 01/12/2025 | 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Disember 2025.

1. Tiada rombakan besar Kabinet, hanya isi kekosongan portfolio - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak merancang melakukan rombakan besar Kabinet dalam masa terdekat, namun beliau mengakui terdapat beberapa kekosongan pertfolio perlu diisi.


2. KLIA mulakan penguatkuasaan penuh Sistem Pengurusan Akses Kenderaan hari ini - MAHB

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini memulakan penguatkuasaan penuh Sistem Pengurusan Akses Kenderaan selepas tempoh percubaan selama tiga bulan merekodkan pengurangan ketara dalam kesesakan di kawasan tepi jalan.


3. Perodua perkenal EV pertama, QV-E dengan kos pembangunan RM800 juta oleh pakar tempatan

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd hari ini memperkenalkan kenderaan elektrik bateri (EV) pertamanya, QV-E berharga RM80,000 sebelum insurans dan tidak termasuk bateri, menandakan langkah penting dalam usaha pembuat kereta nasional itu membangunkan ekosistem EV yang mampan.


4. SPRM nafi dakwaan rampas barangan Albert Tei tanpa prosedur

Semua barangan milik ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, yang disita pada hari penahanannya telah direkodkan mengikut prosedur yang ditetapkan serta disahkan sendiri oleh individu berkenaan.


5. Isteri maut ditikam suami

Seorang isteri maut ditikam suaminya dipercayai menggunakan senjata tajam di kediaman mereka di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini pada Isnin.


6. Pasca PRN Sabah: 10 ADUN angkat sumpah Jemaah Menteri, ADUN BN antara yang dilantik

Seramai 10 ADUN hari ini mengangkat sumpah menganggotai Ahli Jemaah Menteri baharu Sabah selepas dipilih sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17.


7. Zara Qairana menitiskan air mata ketika dipanggil dalam ambulans - Guru

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika namanya dipanggil dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth.


8. Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah akan dibentang ke Kabinet - Anwar

Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKmR) akan dibentangkan ke Mesyuarat Jemaah Menteri, di samping dibincangkan secara mendalam bersama pengurusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


9. Malaysia daftar pakar pertama patologi genetik di bawah pembaharuan sektor penjagaan kesihatan

Malaysia mendaftarkan pakar pertama dalam bidang patologi genetik sekali gus menandakan satu lagi detik penting dalam pelaksanaan pembaharuan di bawah Akta Perubatan 1971 yang telah dipinda.


10. Berikut tanda-tanda tanah runtuh akan berlaku di cerun berhampiran anda

Tanah runtuh bukan sahaja merosakkan harta benda, tetapi juga mengancam nyawa.


#berita pilihan #tempatan #Barisan Nasional #PRN Sabah