awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Jumpa nanti’ - Adam Adli setuju berdialog dengan Liga Mahasiswa Malaysia
Mindef sedia tebus guna tanah rizab, lapang sasar lama bina rumah anggota ATM
PM Jepun Sanae Takaichi umum bubar Parlimen Jumaat ini, pilihan raya 8 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berikut tanda-tanda tanah runtuh akan berlaku di cerun berhampiran anda

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
01/12/2025
13:15 MYT
Berikut tanda-tanda tanah runtuh akan berlaku di cerun berhampiran anda
Kejadian tanah runtuh di Tun Sardon, Pulau Pinang. - Gambar fail/Bomba Sukarela Kuala Sungai Balik Pulau
KUALA LUMPUR: Tanah runtuh bukan sahaja merosakkan harta benda, tetapi juga mengancam nyawa.

Ringkasan AI
  • Tanah runtuh bukan sahaja merosakkan harta benda tetapi mengancam nyawa, masyarakat perlu peka terhadap tanda awal ketidakstabilan cerun.Lima petunjuk utama termasuk cerun membonjol, rekahan besar dengan air, hakisan aktif, pokok condong, dan lokasi cerun curam.Orang ramai digalakkan melawat laman MyGEMS untuk maklumat lanjut mengenai risiko bencana geologi di kawasan masing-masing.

Menurut Penolong Pengarah Kanan, Unit Perancangan Geosains, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), P.Geol. Mohamed Fadzli Rahman, masyarakat perlu lebih peka terhadap tanda-tanda awal ketidakstabilan cerun.
Berikut adalah 5 petunjuk penting yang tidak boleh diabaikan:
1. Cerun mula membonjol Jika anda perasan cerun yang biasanya rata kini mempunyai bonjolan ketara, itu mungkin tanda tanah sedang bergerak dan berisiko runtuh.
2. Rekahan besar dengan air mengalir Perhatikan jika terdapat rekahan besar pada cerun, terutama apabila air keluar lebih banyak daripada biasa. Ini menunjukkan tanah mula longgar dan tidak stabil.
3. Hakisan tanah yang giat Apabila cerun menunjukkan hakisan aktif, ia menandakan lapisan tanah semakin terhakis dan tidak mampu menahan beban.
4. Pokok mula condong Pokok yang dulunya tegak kini condong ke satu arah? Itu petunjuk jelas cerun sedang bergerak dan boleh runtuh bila-bila masa.
5. Kawasan cerun yang curam atau tanah tinggi Jika anda tinggal berhampiran cerun curam atau kawasan tanah tinggi, tingkatkan kewaspadaan kerana risiko tanah runtuh lebih tinggi di lokasi sebegini.
Orang ramai boleh lawati laman sesawang MyGEMS (mygems.jmg.gov.my) untuk meneliti pelbagai info berkaitan bencana geologi di kawasan berhampiran.
Agenda AWANI: Monsun Timur Laut | Risiko Bencana Geologi
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#tanah runtuh
#bencana geologi
#JMG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami