SPRM nafi dakwaan rampas barangan Albert Tei tanpa prosedur

Senarai lengkap rampasan telah ditandatangani oleh Albert Tei, termasuk telefon bimbit, iPad, dan perakam video digital. - Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Semua barangan milik ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, yang disita pada hari penahanannya telah direkodkan mengikut prosedur yang ditetapkan serta disahkan sendiri oleh individu berkenaan.
Ringkasan AI
- Semua barangan milik Albert Tei Jiann Cheing yang disita semasa penahanannya telah direkodkan dan disahkan sendiri oleh individu berkenaan, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- Senarai lengkap rampasan telah ditandatangani oleh Albert Tei, termasuk telefon bimbit, iPad, dan perakam video digital, dengan satu salinan dokumen turut diserahkan kepadanya pada 28 November lalu.
- Peguam yang mewakili isteri Albert Tei sebelum ini mendakwa SPRM merampas barangan suaminya secara tidak sah, dan memberi tempoh tiga hari kepada SPRM untuk mengeluarkan inventori harta yang didakwa dirampas semasa penahanan Albert.
“SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tanpa asas bahawa pegawai SPRM telah merampas barangan Albert Tei tanpa mengikut prosedur,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Katanya, SPRM sentiasa melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam bidang kuasa.
Terdahulu, portal tempatan melaporkan peguam yang mewakili isteri Albert Tei mendakwa SPRM telah merampas barangan suaminya secara tidak sah.
Peguam itu turut memberi tempoh tiga hari kepada SPRM untuk mengeluarkan inventori harta yang didakwa dirampas ketika penahanan Albert tiga hari lalu. -- Sinar Harian


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


