Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Disember 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pegawai kerajaan yang mengeluarkan surat bagi memohon pertimbangan atau perhatian wajar diberikan teguran namun tidak sehingga dikenakan tindakan pemecatan.
Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan Sabah, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Polis mengesahkan bahawa lelaki yang dipercayai menikam isterinya hingga maut menggunakan sebilah pisau di Kampung Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah adalah negatif dadah, tidak mempunyai masalah mental, dan merupakan seorang penganggur.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan menjalankan tugas dan fungsi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkuat kuasa esok (3 Disember).
Perkhidmatan sembilan warden di SMKA Tun Datu Mustapha telah ditamatkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.
Penyanyi dan pelakon tanah air, Erra Fazira mengumumkan bakal berkahwin dengan pilihan hatinya Ezwan Zain pada 12 Disember depan.
Lelaki yang ditemukan mati dalam sebuah kereta pacuan empat roda di Taman Mesra Indah, Klang, Sabtu lalu, dipercayai ditembak dengan lima das tembakan pada jarak dekat.
Polis tidak pernah sesekali menghentikan siasatan kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat.
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, diklasifikasikan sebagai membunuh.
Sebanyak 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri Sabah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami



