MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 04/12/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Disember 2025.


1. Shamsul Iskandar mengaku tidak bersalah terima rasuah RM176,829.03 berkaitan lesen mineral Sabah

Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas empat pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM176,829.03 berhubung kelulusan lesen penerokaan mineral Sabah.



2. Calon SPM terkandas banjir di Hulu Langat, penduduk bantu hantar ke pusat peperiksaan

Beberapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Hulu Langat terkandas akibat banjir kilat pagi ini, namun berjaya tiba ke pusat peperiksaan dengan bantuan penduduk setempat.


3. Kestabilan politik jadi keutamaan di sebalik pembentukan Kabinet Sabah baharu - Masidi

Penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dalam Kabinet Sabah adalah bagi memastikan kestabilan politik di negeri itu, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun.


4. Shamsul Iskandar bayar ikat jamin hasil kutipan dana

Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membayar ikat jamin RM150,000 yang ditetapkan Mahkamah Sesyen hasil kutipan dana yang digerakkan oleh rakan-rakan serta pimpinan parti.


5. Inkues Zara Qairina: Guru disiplin nafi lindungi pihak tertentu

Seorang guru disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat atau cuba "melindungi" mana-mana pihak berkaitan kes Zara Qairina Mahathir.


6. MCMC bangunkan 10 perundangan lindungi kanak-kanak dalam talian

MCMC) sedang membangunkan 10 perundangan subsidiari di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) yang memfokus kepada isu berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam talian, termasuk kandungan bersesuaian dengan peringkat umur pengguna kanak-kanak.


7. Kementerian Kewangan akan teliti cadangan tangguh e-Invois fasa 5 bagi PMKS

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan menangguhkan pelaksanaan e-Invois Fasa 5 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berpendapatan tahunan RM1 juta dan ke bawah.


8. Tiga rakyat Malaysia terjejas banjir di Sumatera disahkan selamat, dua masih hilang

Kementerian Luar terus memantau perkembangan melibatkan rakyat Malaysia susulan banjir besar dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan di Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara bulan lepas.


9. PRN Sabah: PH hormati keputusan rakyat Sabah - PM Anwar

Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, sambil mengakui isu legasi pembangunan dan sentimen warisan terhadap Persekutuan mungkin mempengaruhi kecenderungan pengundi.


10. Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 15 RUU diluluskan

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 melabuhkan tirainya hari ini selepas 35 hari bersidang sejak 6 Okt lepas dengan 15 Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan termasuk RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026.



#berita pilihan #tempatan #banjir kilat #Barisan Nasional