Belasungkawa Allahyarham Bung Moktar Radin | Ikuti Perkembangan Terkini Perjalanan Terakhir di sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 05/12/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Disember 2025.


1. Bung Moktar meninggal dunia

Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.



2. Calon SPM maut, rakan parah motosikal terperosok bawah lori

Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori pengadun konkrit di Jalan Lunas-Bandar Permata, di Kulim, pada Khamis.


3. Albert Tei didakwa lagi, beri suapan RM64,924 bagi kelulusan lesen mineral Sabah

Ahli perniagaan Albert Tei dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini, atas pertuduhan memberi suapan berjumlah RM64,924 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi membantu mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.


4. Shamsul Iskandar didakwa lagi, kes rasuah RM64,924 berkaitan lesen mineral Sabah

Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini atas satu pertuduhan rasuah berjumlah RM64,924 melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.


5. Isu rasuah: 'Kalau di pejabat saya tidak terlepas tindakan, kenapa tidak di pejabat lain' - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan jika pegawai di pejabatnya boleh diambil tindakan, perkara sama boleh dilakukan di pejabat lain sekiranya timbul isu rasuah atau salah tadbir.


6. Inkues Zara Qairina: "Guru tertekan, takut keluar susulan kecaman netizen" - Saksi

Guru-guru di SMKA Tun Datu Mustapha mengalami tekanan dan ketakutan akibat serangan netizen di media sosial berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir.


7. Kematian pelatih PALAPES: Ibu Syamsul Haris rayu siasatan telus, menyeluruh

Ibu pelatih PALAPES, Syamsul Haris Shamsudin, menuntut pihak berkuasa segera menjejak dan membawa pelaku yang bertanggungjawab atas kematian tragis anaknya ke muka pengadilan.


8. Ketua Hakim Negara ikrar penyelesaian kes komersial lebih pantas

Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkongsi rancangan badan kehakiman untuk mewujudkan mahkamah tambahan bagi Mahkamah Komersial di Kuala Lumpur bagi meningkatkan keyakinan pelabur dan memudahkan penyelesaian kes komersial dengan lebih pantas.


9. Zizie Izette tiba dalam esakan, tatap suami buat kali terakhir

Hanya esakan tangisan kedengaran sebaik Datin Seri Zizie Izette A Samad tiba di pekarangan kediaman Idang Residen, Luyang di sini untuk menatap jenazah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin buat kali terakhir.


10. PDRM tidak perlu ambil tindakan terhadap pengkritik saya - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menyiasat individu yang mengkritiknya selagi tidak menyentuh aspek jenayah.




#berita pilihan #tempatan #Barisan Nasional #meninggal dunia