MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Disember 2025.
1. Pekeliling ILTIZAM dilancar, perkukuh tadbir urus prestasi perkhidmatan awam
Pekeliling ILTIZAM dan Indeks Prestasi Perkhidmatan Awam yang dilancarkan hari ini bakal menjadi pemangkin utama dalam mengukuhkan tadbir urus berasaskan prestasi di seluruh sistem penyampaian kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
2. Pelajar SPM cedera kemalangan motosikal lawan arus, tiada lesen
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun cedera selepas motosikal yang ditunggangnya secara melawan arus bertembung dengan sebuah kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan Bukit, Kajang pada Khamis.
3. Perbincangan mengenai kemelut Felda-kerajaan negeri Terengganu bermula - Exco
Kerajaan Terengganu telah memulakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan dan pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi mencari penyelesaian terbaik isu tanah Felda di negeri itu.
4. Lima lelaki ditahan, polis selesai lima kes curi motosikal di Kota Bharu
Polis menahan lima lelaki tempatan berusia antara 20-an dan 40-an yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah Kota Bharu, sekali gus membantu menyelesaikan lima kes berasingan yang dilaporkan sejak Ogos lalu.
5. Ibu buta merangkak minta bantuan selepas anak meninggal dunia
Seorang wanita warga emas yang buta terpaksa merangkak keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan selepas beberapa hari tinggal bersama mayat anaknya.
6. AGC arah PDRM segera lengkapkan siasatan kematian pemandu lori dalam tahanan
Jabatan Peguam Negara mengarahkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman untuk segera melengkapkan siasatan berhubung kematian M Manisegaran.
7. Tindakan sedang dilakukan terhadap bekas suami culas nafkah - Zulkifli
Kerajaan akan terus memantau golongan suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
8. Nilai ambang pengecualian e-invois naik kepada RM1 juta mulai 2026 - PM Anwar
Kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta bermula tahun depan sebagai langkah mengurangkan beban syarikat kecil dan sederhana (PKS).
9. Rasuah ternakan lembu: Dua individu termasuk Ahli Parlimen PN didakwa Isnin - SPRM
Dua individu termasuk seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan dituduh di mahkamah Isnin ini berhubung dakwaan rasuah yang berkaitan dengan usaha sama penternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah.
10. Mangsa banjir di Perak dan Selangor terus menurun, Pahang kekal
Situasi banjir di tiga negeri menunjukkan perkembangan positif setakat 9 malam ini apabila jumlah mangsa di Perak dan Selangor terus mencatatkan penurunan, manakala Pahang kekal tidak berubah.