Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Disember 2025.
Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.
Mangsa berusia lima tahun ditemui dalam keadaan baik di kawasan Batu Merah tanpa kecederaan yang ketara.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menafikan ketulenan dua video tular di media sosial TikTok yang memaparkan wajah dan suara menyerupai Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan semua janji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 terutama naik taraf infrastruktur akan dilaksanakan bermula bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal apabila sebahagian maklumat sebenar mengenai dasar dan pencapaian kerajaan tidak sampai kepada rakyat seperti diharapkan.
Kerajaan Sabah akan memulakan proses penstrukturan semula secara menyeluruh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu melibatkan pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau sudah mempunyai senarai calon untuk rombakan Kabinet.
Pemaju perumahan dicadangkan supaya mengurangkan bilangan tempat letak kenderaan bagi projek baharu yang dibangunkan berhampiran dengan stesen pengangkutan awam, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 139 warga asing dalam serbuan ke atas 13 premis dipercayai menjadi pusat kegiatan maksiat dan pelacuran di sekitar ibu negara.
Penduduk di Bukit Bangkong, Chemor dekat sini bimbang apabila dikejutkan dengan laporan serangan haiwan liar dipercayai harimau yang mengakibatkan dua ekor lembu ternakan mati dan lima ekor lagi hilang pada Jumaat lepas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


