MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Disember 2025.
1. Anwar arah KKR senarai semula status projek, rekod prestasi kontraktor
Langkah itu penting untuk mengubah budaya kerja sedia ada agar pemantauan tidak hanya dilakukan selepas projek disiapkan atau apabila timbul masalah.
2. Ahli Parlimen Padang Serai mengaku tidak bersalah subahat kes rasuah RM400,000
Wakil rakyat daripada Perikatan Nasional itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
3. Kenderaan terjunam: KKR tidak terlibat alih papan tanda lokasi tanah runtuh - Alexander Nanta
Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengalihkan papan tanda dan penghadang tersebut.
4. Malaysia gesa hentikan konflik Thailand-Kemboja, utamakan keamanan serantau
Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap pertempuran bersenjata di sempadan Thailand-Kemboja, menegaskan keamanan dan kesejahteraan serantau sebagai keutamaan.
5. Dua pelajar mengaku salah cederakan rakan sekolah
Dua remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar sekolah menengah bulan lalu.
6. Konflik Thailand-Kemboja: Ribuan tinggalkan kediaman susulan pertempuran di sempadan
Ribuan penduduk di kawasan sempadan Thailand-Kemboja melarikan diri selepas pertempuran sengit dan serangan udara yang mengorbankan sekurang-kurangnya lima nyawa.
7. Kes ugutan bunuh peguam: Polis minta bantuan MCMC kesan pemilik akaun media sosial
Polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai mengeluarkan ugutan bunuh terhadap seorang peguam yang mewakili keluarga tiga lelaki dalam insiden tembakan di Melaka, baru-baru ini.
8. Kes Zara Qairina: Dua guru beri keterangan pada hari pertama perbicaraan lima remaja
Dua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha tampil memberi keterangan hari ini pada hari pertama perbicaraan di Mahkamah Kanak-Kanak melibatkan lima remaja perempuan yang didakwa menggunakan perkataan mencela terhadap pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.
9. Senator cadang denda RM100 juta kepada platform media sosial langgar had umur minimum
Seorang senator hari ini mencadangkan supaya penyedia perkhidmatan media sosial dikenakan denda RM100 juta sekiranya gagal mematuhi dasar had umur minimum 16 tahun bagi pembukaan akaun baharu.
10. Mati dalam tahanan polis, keluarga ahli perniagaan terima pampasan RM1.1 juta
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan polis dan kerajaan membayar pampasan RM1.1 juta kepada keluarga seorang ahli perniagaan yang meninggal dunia dalam lokap polis pada 2018.