Dua pelajar mengaku salah cederakan rakan sekolah

Kedua-dua remaja mengaku bersalah mendatangkan kecederaan dengan sengaja terhadap mangsa. -Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Dua remaja lelaki masing-masing berusia 16 dan 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar sekolah menengah bulan lalu.
Ringkasan AI
- Dua remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun mengakui melibatkan diri dalam kes mencederakan seorang pelajar sekolah menengah di Sungai Petani bulan lalu.
- Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda RM2,000, atau kedua-duanya.
- Mahkamah membenarkan kedua tertuduh diikat jamin RM1,000 setiap seorang dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 25 Disember untuk mendapatkan laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hazwani Md Nor manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farah Azlinda Zahari.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Disember ini untuk sebutan semula bagi mendapatkan laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan seorang pelajar lelaki ditemui pengsan dalam tandas asrama sebuah sekolah di sini dipercayai dipukul.
Kejadian berlaku pada 24 November apabila mangsa mendakwa dipukul beberapa pelajar di asrama hingga mengalami lebam pada bahagian perut dan memerlukan rawatan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada mangsa dikatakan memburukkan rakan kepada salah seorang pelajar terbabit sebelum suspek mengajak tiga lagi rakannya mencari mangsa sehingga berlaku pergaduhan.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan remaja terbabit sudah dibuang sekolah selepas kejadian itu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pertuduhan yang dihadapi oleh dua remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun di Mahkamah Majistret Sungai Petani? A: Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar sekolah menengah bulan lalu.
- Q: Apakah hukuman yang mungkin dikenakan kepada kedua-dua tertuduh berdasarkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan? A: Mereka boleh dihukum penjara sehingga setahun, didenda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
- Q: Apakah tarikh seterusnya untuk sebutan kes kedua-dua tertuduh? A: Mahkamah menetapkan 25 Disember untuk sebutan semula bagi mendapatkan laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan.
- Q: Apakah punca pergaduhan yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di asrama sekolah? A: Kejadian berpunca daripada mangsa dikatakan memburukkan rakan kepada salah seorang pelajar terbabit sebelum suspek mengajak tiga lagi rakannya mencari mangsa sehingga berlaku pergaduhan.
- Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap remaja terbabit oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)? A: Remaja terbabit telah dibuang sekolah oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) selepas kejadian pergaduhan di asrama.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

