MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 11/12/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Disember 2025.


1. PM merafak sembah ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis.



2. Fahmi dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Dato' sempena Hari Keputeraan ke-80 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.


3. Siasatan kes polis tembak tiga lelaki di Melaka akan ikut prosedur - Saifuddin Nasution

Siasatan kematian tiga lelaki yang ditembak polis di Durian Tunggal, Melaka, pada 24 Nov lalu akan dijalankan mengikut prosedur ketat termasuk Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan peraturan dalaman Polis Diraja Malaysia.


4. Syed Saddiq ‘mastermind’ pecah amanah dana Armada - Pendakwaan

Pendakwaan memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan ‘mastermind’ di sebalik tindakan bekas Penolong Bendahari Armada Bersatu melakukan pecah amanah, terhadap dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), tujuh tahun lalu.


5. 'Malaysia catat kemajuan ketara dalam siasatan pengubahan wang haram 1MDB'

Siasatan pengubahan wang haram yang rumit berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) merupakan satu pencapaian penting dan menunjukkan peningkatan penyelarasan antara pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang (LEA), Bank Negara Malaysia (BNM), Unit Perisikan Kewangan (FIU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).


6. Komuter Kulai-Johor Bahru beroperasi suku pertama 2026 - Loke

Perkhidmatan tren komuter khusus bagi laluan Kulai-Johor Bahru dijangka mula beroperasi pada suku pertama tahun depan.


7. Pendakwaan tarik balik rayuan, Rosmah kekal bebas tuduhan pengubahan wang haram, elak cukai

Pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


8. ART tidak gadai kedaulatan negara - Kata bekas KPN dan bekas Panglima ATM

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) disahkan tidak menjejaskan kedaulatan negara selepas penelitian terperinci terhadap kandungannya menunjukkan semua kepentingan nasional kekal terpelihara.


9. 20 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar selamat dibawa pulang

Kementerian Luar berjaya memudah cara pemulangan seramai 20 orang warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian di Myawaddy, Myanmar.


10. Bencana Aceh: KPT salur bantuan kepada pelajar Indonesia dan Malaysia yang terkesan

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyelaras pendaftaran dan penyaluran bantuan segera RM500 seorang kepada pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan susulan bencana di Aceh dan Sumatera Utara.



#berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI #berita Malaysia