MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Disember 2025.
1. ART Malaysia-AS: Cetus kebimbangan, EMIR Research desak semakan segera
EMIR Research mendesak kerajaan menyelidik dan meminda Perjanjian Perdagangan Resiprokal Malaysia-Amerika Syarikat (ART) kerana risiko melemahkan kedaulatan negara dan kuasa perlembagaan.
2. "Warisan negara milik semua rakyat, bukan golongan elit" - Anwar
Pembangunan pelaburan serta kemajuan teknologi perlu bergerak seiring dengan pemeliharaan sejarah, seni dan budaya negara agar identiti nasional tidak terhakis.
3. 'Tiada bukti pegawai SPRM acu pistol ke arah Albert Tei setakat ini' - Polis
Siasatan polis setakat ini tidak menemui sebarang bukti yang menyokong dakwaan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengacukan pistol ke arah Albert Tei ketika menyerbu kediaman ahli perniagaan itu, bulan lalu.
4. KDN laksana naik taraf menyeluruh sistem, kemudahan imigresen di BSI, KSAB
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan peningkatan menyeluruh terhadap sistem dan kemudahan imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bagi melancarkan pergerakan pengguna Malaysia-Singapura, khususnya pada waktu puncak.
5. Kerajaan perkukuh sistem amaran awal hadapi gelombang kedua banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan memperkukuhkan sistem kesiapsiagaan dan amaran awal bagi menghadapi risiko gelombang kedua banjir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
6. Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2026
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
7. Rundingan pemberian khas kerajaan Persekutuan-Sabah diteruskan 19 Dis - Amir Hamzah
Sesi rundingan seterusnya antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah berhubung pemberian khas dijadual diadakan pada 19 Disember ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
8. Hujan lebat tahap buruk melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor sehingga Khamis
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga Khamis ini untuk beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor.
9. Amaran banjir di Kelantan bermula esok, lima jajahan terlibat - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di lima jajahan di Kelantan bermula esok hingga 19 Dis susulan jangkaan hujan berterusan tahap buruk yang akan menyebabkan paras sungai meningkat sehingga melebihi paras bahaya.
10. Sukan SEA: Kuartet 4x100m lelaki negara pecah rekod kebangsaan, rangkul perak
Biarpun gagal merangkul emas, kuartet 4x100 meter lelaki negara tetap menampilkan larian bertenaga apabila memecah rekod kebangsaan dalam saingan olahraga Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Suphachalasai.