MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 21/12/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 Disember 2025.


1. Konflik Thailand-Kemboja: Mesyuarat Isnin wadah sesuai capai penyelesaian adil, berkekalan - PM Anwar

Anwar menekankan pentingnya dialog, kebijaksanaan, dan saling menghormati dalam menyelesaikan ketegangan demi keamanan rantau.



2. 'Penduduk masih tunggu pampasan' - Johari gesa pemaju utamakan rumah penduduk Kampung Sungai Baru

Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Ahad mengingatkan pemaju pembangunan semula Kampung Sungai Baru serta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengutamakan pembinaan dua blok pangsapuri untuk penduduk di kawasan berkenaan terlebih dahulu.


3. Titah Adendum: Keputusan permohonan Najib jalani hukuman di rumah diketahui Isnin

Keputusan berhubung Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sama ada beliau dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, dijangka diketahui Isnin.


4. Kerajaan jimat RM800 juta sejak BUDI95 dilaksanakan - PM Anwar

Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta hasil pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak 30 Sept lalu hingga kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


5. Mayat wanita dalam beg: Mangsa dicekik di Ampang sebelum ditanam di Rembau - Polis

Polis percaya wanita yang ditemukan maut pada Khamis lepas, dibunuh di sebuah rumah di Ampang, Selangor sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg dan ditanam di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau.


6. BN sedia lakukan penjenamaan parti seiring perkembangan semasa - Zahid

Barisan Nasional (BN) bersedia untuk melakukan penjenamaan semula atau membentuk satu entiti baharu selaras dengan perkembangan landskap politik semasa dan kekangan peruntukan perlembagaan gabungan itu.


7. Makkal Sakti tiada niat ganti MIC dalam BN - Thanenthiran

Parti Makkal Sakti tidak pernah berhasrat untuk menggantikan kedudukan MIC dalam Barisan Nasional (BN), kata presidennya Datuk Seri RS Thanenthiran.


8. Malaysia himpun Menteri Luar ASEAN bincang ketegangan Kemboja–Thailand

Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN pada 22 Disember 2025 bagi membincangkan perkembangan terkini hubungan antara Kemboja dan Thailand, selaras dengan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN.


9. Tiada penalti tahun pertama pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan tiada penalti akan dikenakan dalam tahun pertama pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) Fasa 1 yang bermula 1 Jan 2026.


10. Dari nota muzik ke pentas, setiap nada adalah tentang terapi dan disiplin

Seramai 36 pelajar berjaya membuat persembahan sempena konsert yang berlangsung di TMIYC Iskandar Puteri pada Ahad.




#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI