MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 26/12/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Disember 2025.


1. Kes 1MDB: Hakim putuskan surat derma Arab Saudi adalah palsu

Mahkamah Tinggi pada Jumaat memutuskan bahawa empat surat yang dikemukakan sebagai bukti kononnya derma daripada pemerintah Arab Saudi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah palsu.



2. Najib bukan orang kampung hingga boleh dikelirukan pengurusan 1MDB - Hakim

Mahkamah Tinggi pada Jumaat memberitahu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan ‘orang kampung’ sehingga mudah dikelirukan oleh pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


4. Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur dengan rampasan dadah seberat 6.2 tan bernilai RM1.04 bilion menerusi Op Gaharu 2.0 di sekitar Lembah Klang, pada 21 Disember lalu.


5. Kes 1MDB: SPRM akan terus berperanan tanpa rasa takut, pilih kasih dan berfakta - Azam Baki

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih, berpandukan sepenuhnya kepada fakta, bukti, dan kepentingan awam.


6. Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas 25 pertuduhan berkaitan penyelewengan RM2.3 billion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi.


7. Kekasih didakwa bunuh Suri

Suspek utama pembunuhan Suri Narudin yang mayatnya ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, 18 Disember lepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, pada Jumaat.


8. Syarikat AS Ocean Infinity sahkan sambung semula pencarian pesawat MH370

Firma penyelidikan Amerika Syarikat, Ocean Infinity pada Jumaat mengesahkan bahawa ia menyambung semula pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 2014.


9. Kes kekecohan di Kampung Sungai Baru: Lapan individu akan dituduh - Polis

Lapan individu yang ditahan berhubung kekecohan yang turut menyebabkan bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di Kampung Sungai Baru, di sini tiga bulan lalu akan dituduh dalam dalam terdekat.


10. Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak

“Saya akan terus menuntut hak saya melalui saluran yang sah dengan maruah dan kesabaran walaupun jalannya sunyi dan menuntut pengorbanan yang besar,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.








#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI #berita Malaysia