awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu salah guna dana: SPRM rakam keterangan pegawai kanan ATM

Bernama
Bernama
11/01/2026
10:20 MYT
Isu salah guna dana: SPRM rakam keterangan pegawai kanan ATM
Azam berkata pegawai kanan terbabit, dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 11 pagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia, bagi membantu siasatan berkaitan penyalahgunaan dana dalam pasukan terbabit.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pegawai kanan terbabit, dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 11 pagi.
"Beliau dipanggil untuk melengkapkan siasatan terhadapnya berhubung dakwaan penyalahgunaan dana dalam ATM...kita panggil untuk bantu siasatan.
"Buat masa ini, tiada tangkapan dibuat dan rakaman percapakan sedang berlangsung," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata perkembangan lanjut berkaitan kes terbabit akan dikongsikan dalam masa terdekat.
Semalam media melaporkan, Azam mengesahkan seorang pegawai kanan ATM yang disiasat dalam penyelewengan dana dijangka dituduh dalam tempoh terdekat.
Difahamkan, kes membabitkan pegawai kanan itu, berbeza dengan kes bekas Panglima Tentera Darat yang sedang disiasat SPRM ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Angkatan Tentera Malaysia
#kes salah guna dana
#TDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan