MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Januari 2026.

1. 90 kes rogol, 43 kes buli libatkan pelajar di Kedah tahun lepas - Polis
Polis Kedah merekodkan sebanyak 43 kes buli di negeri ini sepanjang tahun 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada tahun sebelumnya.
2. 'Suara kecil' jadi teras reformasi pendidikan negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menjadikan "suara kecil" guru, murid dan komuniti sekolah sebagai teras utama reformasi pendidikan serta asas kepada pembangunan Kurikulum Pendidikan Baharu.
3. 15 cedera dalam kemalangan libatkan bas dan lori di Rawang
Sebanyak 15 cedera termasuk tiga parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dengan lori tiga tan di Kilometer 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) antara Sungai Buaya dan Rawang, dekat sini awal pagi tadi.
4. Isu salah guna dana: SPRM rakam keterangan pegawai kanan ATM
SPRM hari ini merakam keterangan seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia, bagi membantu siasatan berkaitan penyalahgunaan dana dalam pasukan terbabit.
5. Kelantan, Kedah, Perlis fokus penambahan anggota JSJN, banteras dadah - Bukit Aman
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan menambah keanggotaannya di negeri bersempadan bagi memperkukuh penguatkuasaan membanteras penyeludupan dadah.
6. Malaysia arah sekatan sementara terhadap Grok
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan sekatan sementara terhadap akses kepada kecerdasan buatan (AI) Grok bagi pengguna di Malaysia berkuat kuasa hari ini.
7. Selangor perketat operasi penternakan babi, jamin lindungi alam sekitar dan penduduk - MB
Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan isu penternakan babi di Kuala Langat ditangani secara serius dan berprinsip, dengan memperketatkan syarat operasi industri berkenaan selepas perbincangan menyeluruh di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
8. Agihan Bantuan Awal Persekolahan dijangka selesai selewat-lewatnya hujung minggu ini
Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 kepada semua murid di seluruh negara dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada hujung minggu ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) Zainal Abas.
9. Permukiman Kerajaan MADANI 2026: Kos sara hidup, kemudahan urus niaga jadi keutamaan - Fahmi
Kerajaan MADANI memberi keutamaan kepada usaha menangani kos sara hidup dan meningkatkan kemudahan berurus niaga, di samping memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara.
10. Aaron-Wooi Yik gagal pecah kemarau 12 tahun di Terbuka Malaysia
Harapan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menjuarai Terbuka Malaysia 2026 musnah selepas mereka tewas di di pentas final, sekali gus melanjutkan kemarau 12 tahun Malaysia dalam acara tersebut.