MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Januari 2026.
1. Kuatkan integriti, bukan gilakan jawatan dan mabuk kuasa - Sultan Nazrin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap sebahagian umat Islam yang disifatkan seolah-olah kehilangan kompas kehidupan, terperangkap dalam gelombang kebendaan, gilakan jawatan dan mabuk dengan kuasa.
2. Selangor henti penternakan babi secara tradisional tahun ini - Menteri Besar
Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan langkah menutup operasi penternakan babi secara tradisional di negeri itu secepat mungkin dan digantikan konsep moden bagi mengatasi masalah pencemaran yang berlarutan.
3. Amirudin gesa penganjur ‘Glamping With Pride’ dikenakan tindakan jika ingkar arahan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya jika penganjur aktiviti 'Glamping With Pride' bertema songsang di Hulu Langat tetap mencabar arahan yang telah dikeluarkan.
4. JAIM siasat hotel ‘gay friendly’ di Melaka
Jabatan Agama Islam Melaka sedang menyiasat dakwaan sebuah hotel butik di negeri itu yang berkonsepkan ‘gay friendly’ seperti ditularkan di media sosial sejak semalam.
5. Bersatu terima hasrat Muhyiddin berundur, Pas sedia pimpin PN hadapi PRU16
Pas sedia mengemudi Perikatan Nasional susulan Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu menerima hasrat Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berundur daripada jawatan Pengerusi gabungan itu.
6. Saman fitnah: Musa Hassan diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Hannah Yeoh
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dalam satu kes saman fitnah.
7. Letupan di universiti swasta: Polis klasifikasi kematian pekerja kontraktor sebagai mati mengejut
Polis mengklasifikasikan kematian seorang pekerja kontraktor dalam insiden letupan di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara sebagai mati mengejut (SDR).
8. Rayuan Najib untuk hidupkan semula saman terhadap Tommy Thomas ditolak
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini gagal dalam rayuannya untuk menghidupkan semula saman RM1.9 juta yang difailkan beliau terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
9. 'Biarkan mahkamah tentukan permohonan Petronas' - Abang Johari
Kerajaan Negeri Sarawak menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan permohonan Petronas mengenai kerangka kawal selia bagi operasi petroleum di Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
10. 'Glamping with Pride' dibatalkan, penganjur dakwa terima ugutan bunuh
Organisasi Jejaka yang menganjurkan ‘Glamping with Pride’ mengambil keputusan tidak meneruskan program atas faktor keselamatan.