MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 14/01/2026 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Januari 2026.


1. Pembedahan lutut: Sultan Ibrahim sembah ucap selamat kepada Sultan Brunei

Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan sembah ucap selamat kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang bakal menjalani rawatan lutut bermula 18 Januari ini.



2. Ubah suai nombor plat kereta Singapura isi RON95, warga emas didenda RM9,000

Seorang lelaki warga emas didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di Kulai hari ini selepas mengaku bersalah mempamerkan nombor pendaftaran kereta yang bukan milik kenderaan tersebut pada awal bulan ini.


3. Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki didera pengasuh

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mengalami patah tulang paha kiri dipercayai akibat pengabaian ketika berada di bawah jagaan seorang pengasuh di Taman Koperasi Polis, di ibu negara.


4. Suami isteri ditemui maut dibunuh dalam rumah

Sepasang suami isteri ditemui maut dipercayai dibunuh di rumah mereka di Taman Mutiara di Jalan Brayun Sri Aman.


5. Reman bekas Panglima TDM tidak dilanjut, seorang lagi pegawai tinggi ATM ditahan - KP SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah melibatkan pasukan beruniform itu.


6. Letupan di Universiti HELP: PM Anwar mahu siasatan segera, menyeluruh dijalankan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan segera dan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian letupan gas penyaman udara di Universiti HELP di ibu negara, Isnin lepas.


7. Kabinet puas hati penjelasan Menteri Pertahanan mengenai isu Angkatan Tentera Malaysia

Jemaah Menteri berpuas hati dengan penjelasan dan taklimat yang disampaikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, berkaitan beberapa isu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil.


8. Tuanku Muhriz zahir kebimbangan gejala rasuah, kesal pihak sokong individu bersalah

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan kebimbangan terhadap gejala rasuah, yang kini dilihat semakin berleluasa serta kecewa dengan pihak yang menyokong individu disabitkan bersalah.


9. 'Peranan saya dalam SRC terhad kepada beri kelulusan dan kuasa veto' - Najib

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa peranannya dalam SRC International Sdn Bhd hanya terhad kepada memberi kelulusan serta menggunakan kuasa veto, dan beliau tidak membuat sebarang pelantikan atau pindaan dalam syarikat itu.


10. Kenapa UMNO masih tebal muka, sebab kita 'sauh' elak negara karam - Tok Mat

Datuk Seri Mohamad Hasan secara terbuka menjawab persoalan sinis yang sering dibangkitkan terhadap kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan, termasuk dakwaan parti itu terlalu ghairah berkuasa.













#berita pilihan #tempatan #UMNO #warga emas