awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2026
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Januari 2026.
1. Tuduhan rasuah RM2.8 juta: Bung Moktar dilepaskan, kes Zizie Izette diteruskan
Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
2. Wartawan FMT, Rex Tan mohon maaf terhadap soalan kontroversi ceramah Gaza
Wartawan Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan pada Khamis memohon maaf secara terbuka berhubung soalan yang diajukan semasa ceramah awam bertajuk "Gaza Exposes the Complicity of International Actors' pada 12 Jan lepas.
3. Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang anggaran KDNK suku keempat
Ringgit meningkat semula untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 Malaysia hari ini.
4. Rasuah: Tindakan undang-undang tidak wajar cemari imej kementerian, pasukan keselamatan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar tidak timbul sebarang persepsi negatif terhadap mana-mana kementerian atau pasukan keselamatan susulan tindakan undang-undang yang diambil berhubung kelemahan dalam pelaksanaan projek tertentu.
5. Semua keputusan perolehan ATM, PDRM terkait isu rasuah dibekukan sementara - PM Anwar
Semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6. Seniman maklum kehilangan Nadia Kesuma kepada Menteri Luar
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengesahkan pelakon Nadia Kesuma dilaporkan hilang selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, Arab Saudi, awal pagi Khamis.
7. Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan
Mahkamah Majistret hari ini diberitahu bahawa keputusan laporan psikiatri mengesahkan remaja lelaki yang didakwa membunuh pelajar perempuan berumur 16 tahun di tandas sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, layak dibicarakan.
8. 'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
UMNO bersedia untuk menerima kembali mana-mana individu atau secara en bloc yang sudah tidak lagi bersama parti, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
9. Penambahbaikan SARA pastikan bantuan lebih tersusun, bersasar - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penambahbaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) digubal dengan penuh iltizam bagi memastikan rakyat dapat memenuhi keperluan asas secara lebih tersusun, bersasar dan berterusan.
10. PDRM jamin tindakan profesional, telus dalam isu perolehan - KPN
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan segala tindakan yang perlu secara profesional, telus dan berintegriti, selaras dengan undang-undang, dasar serta arahan yang ditetapkan kerajaan.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#berita hari ini
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan