awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah pecah amanah RM1.8 juta
Wisma Putra pantau tanah runtuh di New Zealand, sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
Trump lancar Lembaga Keamanan, akan tangani krisis di luar Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saman sivil SRC: Najib akui RM42 juta dalam akaun peribadi bukan derma dari Arab Saudi

Bernama
Bernama
22/01/2026
12:28 MYT
Saman sivil SRC: Najib akui RM42 juta dalam akaun peribadi bukan derma dari Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengakui di Mahkamah Tinggi di sini bahawa wang berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan derma dari Arab Saudi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengakui di Mahkamah Tinggi di sini bahawa wang berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan derma dari Arab Saudi.

Ringkasan AI
  • Najib mengakui di Mahkamah Tinggi bahawa RM42 juta dalam akaun peribadinya bukan derma dari Arab Saudi.
  • Mahkamah menolak pembelaan Najib berhubung "derma Arab Saudi" dalam kes SRC International.
  • Najib turut mengakui tiada bukti dokumentari menyokong pembelaannya berhubung "derma Arab Saudi" dalam kes 1MDB.

Bekas perdana menteri itu membuat pengakuan tersebut ketika disoal balas oleh peguam kepada SRC International Sdn Bhd, Kwan Will Sen, dalam saman sivil RM42 juta yang difailkan terhadapnya oleh SRC dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd.
"Pada ketika itu, saya menyangka ia adalah derma dari Arab Saudi," kata Najib.
Kwan: Pada fikiran anda - jika saya boleh menggunakan perkataan itu - pada ketika ini, adakah RM42 juta itu tidak ada kena-mengena dengan derma Arab Saudi?
Najib: Berdasarkan pengetahuan yang diperoleh kemudian, ya.
Terdahulu, Kwan meminta Najib mengakui bahawa pembelaan beliau berhubung "derma Arab Saudi" telah ditolak sepenuhnya oleh mahkamah dalam prosiding jenayah berkaitan.
Kwan: Pembelaan anda (derma Arab Saudi) telah ditolak di semua peringkat mahkamah (dalam kes jenayah SRC International). Betul?
Najib: Ya, tetapi saya perlu menjelaskan kerana saya tidak berpeluang memberikan penjelasan penuh di Mahkamah Persekutuan. Sebab itulah dalam prosiding semakan, salah seorang hakim - seorang hakim kanan - bersetuju dengan pendirian kami. Dalam semakan itu, beliau memutuskan bahawa saya tidak mendapat perbicaraan yang adil.
Kwan: Secara keseluruhan, dapatan majoriti mengekalkan kesimpulan bahawa dana tersebut bukan derma Arab Saudi. Adakah betul?
Najib menjawab: "Ya, malangnya begitu."
Najib turut mengakui bahawa Mahkamah Tinggi, dalam keputusan terbaharu perbicaraan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), memutuskan tiada bukti dokumentari yang menyokong pembelaan beliau berhubung "derma Arab Saudi".
Saman sivil yang difailkan pada tahun 2021 oleh SRC dan Gandingan Mentari itu menuntut satu pengisytiharan bahawa Najib bertanggungjawab ke atas RM42 juta berkenaan, selain menuntut ganti rugi atas penerimaan dengan pengetahuan, bantuan secara tidak jujur, salah laku dalam jawatan awam serta penyalahgunaan kuasa.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saman sivil SRC
#Najib Razak
#derma
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan