awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kronologi kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM
MPM bukan peperiksaan berisiko tinggi, bantu tingkat pencapaian murid - Fadhlina
Bursa Malaysia dibuka meningkat susulan tindakan Trump batal ancaman tarif ke atas EU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Bekas PTD mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah RM2.12 juta

Faida Rahim
Faida Rahim
22/01/2026
01:40 MYT
[TERKINI] Bekas PTD mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah RM2.12 juta
Muhammad Hafizuddeain ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta di Mahkamah Sesyen, hari ini.
Muhammad Hafizuddeain membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.
Muhammad Hafizuddeain, 58, didakwa menerima hasil aktiviti haram iaitu wang masing-masing RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di tiga cawangan bank sekitar Kuala Lumpur antara 2 Februari 2024 hingga 7 November 2025.
Pendakwaan dijalankan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 4(1) Akta sama.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai kesalahan itu atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Pagi ini, Muhammad Hafizuddiean dan isterinya, Salwani Anuar, didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan pada Khamis berhubung kes pengubahan wang haram.
Muhammad Hafizuddiean tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 8.10 pagi manakala isterinya, Salwani tiba pada jam 8.20 pagi.
Berdasarkan tinjauan Astro AWANI, Muhammad Hafizuddiean memakai baju hitam dilihat memasuki pekarangan mahkamah dengan diiringi beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala Salwani hadir menaiki kerusi roda.
Kedua-dua mereka didakwa secara berasingan dengan empat pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Menerusi Ops Parasit, SPRM pada 7 Jan lepas menahan seorang pegawai tinggi bersama dua isterinya berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat dan keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.
Siasatan SPRM berkaitan kes itu bermula sejak 7 Okt 2025 dan disifatkan sebagai sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.
Pada 23 Dis 2025, sepasukan pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan untuk memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 30 Mac ini bagi sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#Muhammad Hafizuddeain Jantan
#didakwa
#wang hasil aktiviti haram
#bekas PTD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan