MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 23/01/2026 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Januari 2026.


1. Bekas PAT mengaku tidak bersalah salah guna kuasa terima suapan lebih RM700,000

Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral (B) Tan Sri Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan salah guna kuasa bagi mendapatkan suapan dan wang berjumlah lebih RM752,000 dan pecah amanah RM3 juta.



2. Bekas PTD mengaku tidak bersalah terima wang haram RM145,000, kes dipindah ke Mahkamah KL

Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas dua tuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang keseluruhannya berjumlah RM145,000.


3. Siasatan kes bunuh di Sri Aman selesai, tiada DNA asing pada senjata

Siasatan kes pasangan suami isteri yang ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Jan lepas telah selesai, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.


4. Ladang babi: PM Anwar saran projek dibatalkan, ambil kira pandangan rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan projek penternakan babi secara berpusat dan moden di Bukit Tagar, Hulu Selangor, dibatalkan dan dipertimbang untuk dipindahkan ke lokasi lain.


5. Kes rogol: Da’i Syed kekal bersalah, ke penjara hari ini

Selebriti Da’i Syed diperintah ke penjara serta-merta selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan atas kes merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.


6. RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025 ditarik balik - Fahmi Fadzil

Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 ditarik balik untuk penambahbaikan, bagi memastikan isu berkaitan kawasan bandar, termasuk miskin bandar, dapat diatasi dengan lebih tuntas dan adil.


7. Laporan akhir nahas bas UPSI: Brek tak ikut spesifikasi, lesen pemandu tamat tempoh sejak 1998

Nahas bas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun 2025 berpunca daripada beberapa kelemahan serius dalam aspek keselamatan, penyelenggaraan dan pematuhan peraturan pengangkutan darat.


8. Sekatan terhadap aplikasi Grok di X ditarik balik - MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menarik balik sekatan akses sementara ke atas aplikasi Grok di platform X berkuat kuasa hari ini, susulan pengesahan pelaksanaan langkah pencegahan dan keselamatan tambahan oleh platform berkenaan.


9. Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC

Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah menghalang siasatan oleh pihak berkuasa dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.


10. Inkues Zara Qairina: Malam 15 Julai 'tegang' dan 'menakutkan' - Saksi

Seorang pelajar yang merupakan 'saksi mata' memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa pada malam 15 Julai 2025 keadaan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha digambarkan sebagai 'tegang' dan 'menakutkan'.














#berita pilihan #tempatan #MCMC #Mahkamah Sesyen