MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Januari 2026.
1. Hentikan amalan kartel yang menindas rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak meneruskan amalan kartel yang menekan rakyat melalui kenaikan harga melampau dalam pelbagai sektor termasuk pertahanan, kesihatan dan pembinaan.
2. Seleweng dana pelaburan hampir RM300 juta: SPRM buka dua kertas siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana pelaburan bernilai hampir RM300 juta yang dikaitkan dengan seorang individu bergelar Tan Sri.
3. JAKIM rangka model undang-undang atasi ketidakseragaman perundangan Islam negeri
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sedang merangka model undang-undang bagi mengatasi ketidakseragaman perundangan peringkat negeri yang memberi kesan kepada masyarakat Islam.
4. Kekurangan anggota, beban kerja antara faktor ketirisan di pintu masuk negara - KP Imigresen
Kekurangan anggota, beban kerja tinggi serta ketiadaan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam dikenal pasti sebagai antara faktor yang boleh menyumbang kepada ruang berlakunya ketirisan di pintu masuk negara.
5. PM Anwar sangkal dakwaan Malaysia beri 5,207 hektar tanah kepada Indonesia
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyangkal laporan media mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.
6. Cerun maut: Projek di Sering Ukay hanya penstabilan cerun, tiada pembangunan baharu - MPAJ
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menasihati orang ramai supaya tidak bimbang dengan projek pembaikan cerun berskala besar yang sedang dijalankan di sekitar Taman Sering Ukay, Hulu Kelang.
7. Sultan Pahang zahir kebimbangan isu pemberian taraf PR, kewarganegaraan
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kebimbangan berkaitan isu pemberian taraf penduduk tetap (PR) dan kewarganegaraan.
8. DAP bukan nak perang dengan UMNO, tapi sedia gempur - Najmi Samsudin
DAP cawangan Wangsa Permai Kepong yang memiliki ahli Melayu paling ramai bersedia untuk menggempur UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang, kata ketuanya, Muhammad Najmi Samsudin.
9. BN pertahan DUN Lamag, Kinabatangan menang majoriti besar
Barisan Nasional (BN) mempertahankan dua kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan pada Sabtu.
10. PM mahu seni bela diri silat terus diperkasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu seni bela diri silat terus diperkasa dan tidak dilupakan khususnya dalam kalangan orang Melayu seiring dengan kemajuan teknologi serta digital yang memacu pembangunan pesat negara.