MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 26/01/2026 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Januari 2026.

1. [TERKINI] Isteri bekas PTD Salwani didakwa terima RM5,000 hasil aktiviti haram

Salwani mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

2. Anwar mahu pasukan khas perkukuh sistem audit negara

Cadangan itu antara syor dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara supaya tindakan pengauditan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan memberi kesan yang menyeluruh.

3. Had umur 16 tahun untuk media sosial dijangka dikuatkuasakan Julai - Teo

Perkara itu kini berada dalam fasa regulatory sandbox bagi membolehkan kerajaan menguji kaedah terbaik sebelum pelaksanaan penuh.


4. Sebar maklumat perjawatan ATM: Beberapa pegawai dipanggil polis beri keterangan

Beberapa pegawai tentera dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung penyebaran maklumat urusan perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di media sosial.


5. Abdul Hadi tidak dinamakan sebagai calon Pengerusi PN - Takiyuddin

Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak dinamakan sebagai calon Pengerusi PN.


6. Dengan pengukuhan integriti dan tadbir urus, lebih banyak dana tiris boleh dikembalikan - PM

Kerajaan yakin masih terdapat ketirisan dana dalam jumlah yang besar yang berpotensi untuk dikutip semula sekiranya usaha memperkukuh integriti dan tadbir urus terus dipertingkatkan.


7. Ringgit ditutup pada paras 3.96 berbanding dolar AS untuk kali pertama sejak 2018

Ringgit melonjak melepasi paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini berikutan mata wang itu meneruskan aliran meningkat bermula minggu lepas, mencerminkan sentimen yang semakin baik terhadap asas ekonomi dan kestabilan dasar negara.


8. Ops Nature: SPRM beku 16 akaun bank berjumlah RM10.2 juta, sita wang tunai dan barang kemas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 16 akaun bank melibatkan nilai RM10.2 juta dan menyita wang tunai berjumlah RM87,000 dalam siasatan Ops Nature di Selangor dan Negeri Sembilan.


9. Tiada pertindihan aplikasi dalam pelepasan melalui autogate kod QR - KP Imigresen

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan tidak berlaku pertindihan beberapa aplikasi dalam proses pelepasan imigresen menggunakan kemudahan autogate kod respon pantas (QR) seperti ditularkan di media sosial.


10. Bekas PTD buat dua laporan polis berhubung dokumen sulit, fitnah

Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hari ini membuat dua laporan polis berhubung kebocoran dokumen perbankan milik beliau dan kenyataan fitnah yang ditularkan oleh seorang aktivis di media sosial.



#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI