Abdul Hadi tidak dinamakan sebagai calon Pengerusi PN - Takiyuddin

Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak dinamakan sebagai calon Pengerusi Perikatan Nasional. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak dinamakan sebagai calon Pengerusi Perikatan Nasional.
Ringkasan AI
- Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak dinamakan calon Pengerusi PN kerana Perlembagaan PN tidak menetapkan presiden parti sebagai pilihan wajib.
- Peletakan jawatan Pengerusi PN oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundang spekulasi mengenai calon baharu termasuk Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar.
- Pas telah mendesak agar jawatan Pengerusi PN diberikan kepada mereka, berikutan undangan sebelum ini daripada Muhyiddin kepada Pas untuk memimpin gabungan tersebut.
“Jawatan itu tidak semestinya diberikan kepada Presiden Pas semata-mata.
"Itu yang kita faham berdasarkan kepada peruntukan dalam Perlembagaan,” katanya ketika dalam sidang media Timbalan Setiausaha Agung PN di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut di sini pada Isnin.
Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN.
Peletakan jawatan itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri tersebut menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa yang mana peletakan jawatannya sebagai Pengerusi gabungan itu berkuat kuasa 1 Januari ini.
Susulan itu, timbul pelbagai spekulasi calon akan menerajui PN termasuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar.
Sebelum ini, wujud beberapa desakan daripada Pas termasuk oleh Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mahu jawatan Pengerusi PN diberikan kepada Pas.
Ujar Takiyuddin, sebelum ini Muhyiddin pernah mempelawa Pas untuk menjadi parti peneraju gabungan tersebut.
"Semua orang tahu bahawa kita sebut Bersatu dan semua bersetuju. Sebelum ini, kita tetapkan Tan Sri Muhyiddin dulu (jadi Pengerusi PN dulu).
"Apabila berlaku perletakan jawatan maka kita tawarkan ahli parti kami. Jadi apabila dipersetujui maka kita akan kemukakan calon kita untuk Pengerusi PN.
"Oleh karena ia disahkan oleh Mesyuarat Tertinggi Pas, saya boleh sebutkan bahawa ia (pengerusi PN) bukan presiden Pas," ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


