Berita tempatan pilihan sepanjang Isnin

Astro Awani
Februari 22, 2021 15:54 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Februari 2021.
1) COVID-19: 2,192 kes baharu, enam kematian dan 3,414 sembuh
Sebanyak 2,192 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan tiga daripadanya merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.
COVID-19: 2,192 kes baharu, enam kematian dan 3,414 sembuh
2) Vaksin COVID-19: 'Kita harus iktiraf KKM ada pengetahuan teknikal' - Dr Dzulkefly
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan wajar diuruskan oleh sebuah kementerian atau agensi tunggal untuk mengurangkan risiko salah faham dalam komunikasi.
3) COVID-19: Muhyiddin tinjau kesiapsiagaan fasiliti PPV di Institut Kanser Negara
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan ke Institut Kanser Negara (IKN) pada petang Isnin bagi meninjau kesiapsiagaan fasiliti tersebut bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama yang akan bermula pada 24 Februari ini.
4) PERMAI: 20,000 pemandu teksi, kereta sewa terima bantuan RM500 bermula hari ini - Tengku Zafrul
Seramai 20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bayaran pertama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM500 bermula hari ini.
5) Kabel elektrik bawah Jambatan Pulau Pinang terbakar
Sebahagian kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang dilaporkan terbakar petang Isnin, menyebabkan asap tebal sekali gus mengakibatkan kesesakan jalan raya di atas jambatan berkenaan.
6) Khazanah suntik RM3.6b kepada Malaysia Airlines untuk penstrukturan semula
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025.
7) Mahkamah minta bukti Zahid Hamidi hadir mesyuarat UMNO di Janda Baik, kebenaran rentas negeri
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan pihak pembelaan mengemukakan dokumen membuktikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menghadiri mesyuarat ahli majlis tertinggi (MKT) parti itu di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat.
8) Tiada sebab UMNO tidak boleh bekerjasama dengan 'musuh'... - Najib
Tidak mustahil UMNO boleh bekerjasama dengan pihak atau parti yang telah dilabel sebagai ‘musuh’ politik, seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
9) Insiden tertukar bayi di Hospital Melaka disiasat - Exco
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka melakukan siasatan dalaman melibatkan kes tertukar bayi lelaki di Hospital Melaka, minggu lalu.
10) Janna Nick buat laporan polis terhadap netizen yang cetus provokasi
Peminat K-Pop kembali menyerang pelakon tersebut kerana didakwa mempersenda nama seorang bintang Korea dalam telefilem arahannya.
#Najib Razak #Muhyiddin Yassin #UMNO #Parti Keadilan Rakyat #rakyat Malaysia #Malaysia Airlines #Khazanah #Felda #KKM #COVID-19 #Perdana Menteri