awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janna Nick buat laporan polis terhadap netizen yang cetus provokasi

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
22/02/2021
10:39 MYT
Janna Nick buat laporan polis terhadap netizen yang cetus provokasi
Nama Janna Nick terheret dalam kontroversi kerana didakwa tidak menghormati pemergian bintang K-Pop seperti yang dirakamkan dalam sebuah video.
BEBERAPA hari lalu, nama pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick menjadi perdebatan panas dalam kalangan netizen di media sosial.
Janna dan rakannya yang juga pelakon Sharifah Sakinah terheret dalam kontroversi kerana mereka berdua didakwa tidak menghormati pemergian bintang K-Pop seperti yang dirakamkan dalam sebuah video.
Sekalipun, sudah memohon maaf, namun, kontroversi tersebut tidak pula berhenti setakat itu sahaja.
Peminat K-Pop kembali menyerang pelakon tersebut kerana didakwa mempersenda nama seorang bintang Korea dalam telefilem arahannya.
Namun, kerana enggan membiarkan namanya tercemar sekali gus menjejaskan reputasinya, Janna, 26, mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap pemilik akaun yang telah mencetuskan provokasi serta melemparkan fitnah terhadapnya di laman media sosial.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, awal-awal lagi dia sudah membuat tangkapan skrin (screenshot) segala hantaran oleh netizen yang mengaitkan namanya.
Kesemua bukti tangkapan skrin itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan seterusnya.
“Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua akaun yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya.
"Segala tangkapan skrin telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat," tulis Janna di akaun Twitter peribadinya.
Janna Nick membuat laporan polis
Janna Nick membuat laporan polis
Memetik laporan Astro Gempak, perkongsian itu telah dibuat Janna pada awal pagi tadi.
Bagaimanapun, pemerhatian Astro AWANI pula mendapati, akaun sosial media pelakon berkenaan iaitu Twitter dan Instagram sudah tiada lagi dalam carian..
.
.
Topic Berkaitan
#Janna Nick
#Kpop
#Lisa BLACKPINK
#BLACKPINK
#laporan polis
#media sosial
#Media
#Instagram
#Twitter
#fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan