Berita Terkini ASEAN25: Kepimpinan Malaysia serlah komitmen ASEAN tangani jenayah - Mohamad

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pencapaian ini mencerminkan komitmen bersama negara anggota dalam merealisasikan matlamat Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC). - Gambar hiasan/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: ASEAN terus memperkukuh usaha mempertingkat kepercayaan antara agensi keselamatan, memperhebat kerjasama menentang jenayah rentas sempadan, memperkukuh kedaulatan undang-undang serta memastikan hak asasi manusia kekal sebagai teras dalam pembinaan komuniti ASEAN sepanjang tempoh kepengerusian Malaysia.
Ringkasan AI
- ASEAN terus memperkukuh kepercayaan antara agensi keselamatan dan kerjasama menentang jenayah rentas sempadan sepanjang tempoh kepengerusian Malaysia, selaras dengan matlamat Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC).
- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Malaysia telah menubuhkan Kumpulan Kerja SOMTC mengenai Pengubahan Wang Haram sebagai platform serantau menangani jenayah siber dan penipuan dalam talian yang semakin kompleks.
- Dalam sektor pertahanan, Mesyuarat ADMM dan ADMM-Plus melaksanakan pelbagai latihan keselamatan siber, maritim dan kesihatan, menjadikan ASEAN kekal sebagai rantau yang selamat dan berdaya tahan menghadapi cabaran masa hadapan.
Dalam pada itu, beliau berkata dalam memperkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang, ASEAN telah mengambil pendekatan inovatif bagi menangani kaitan antara jenayah rentas sempadan, pengubahan wang haram dan jenayah siber yang semakin kompleks termasuk penipuan dalam talian.
“Atas inisiatif Malaysia, Kumpulan Kerja SOMTC mengenai Pengubahan Wang Haram telah ditubuhkan sebagai platform khusus untuk mempertingkat usaha serantau dalam menangani isu ini,” katanya.
Dalam sektor pertahanan, Mohamad berkata kemajuan yang dicapai juga amat memberangsangkan dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus telah melaksanakan pelbagai latihan serta inisiatif baharu dalam bidang keselamatan siber, maritim dan kesihatan.
Beliau menegaskan bahawa usaha berterusan ini penting bagi memastikan ASEAN kekal sebagai rantau yang selamat dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan masa hadapan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

