awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Marcos tegaskan komitmen Filipina terhadap kerjasama serantau

Bernama
Bernama
25/10/2025
09:17 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Marcos tegaskan komitmen Filipina terhadap kerjasama serantau
Marcos dan isteri selamat tiba di Malaysia hari ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung. - Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr menegaskan komitmen negaranya untuk memperkukuh kerjasama serantau serta meningkatkan kesejahteraan rakyat Filipina dan masyarakat Asia Tenggara secara keseluruhan ketika negara itu bersiap sedia mengambil alih Kepengerusian ASEAN tahun depan.
Dalam kenyataannya sebelum berlepas ke Malaysia pada Sabtu bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di ibu negara Malaysia, Marcos turut menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Malaysia serta visinya dalam memupuk pembangunan serantau yang bermakna, terangkum dan mampan.
"Saya akan bersama-sama pemimpin ASEAN lain mengulangi komitmen kami terhadap Pemusatan ASEAN ketika kita berdepan cabaran serantau dan global yang mendesak, termasuk perkembangan di Laut China Selatan, situasi di Myanmar, ancaman terhadap keamanan serantau dan keselamatan maritim, serta kesan meluas perubahan iklim, ketidaktentuan ekonomi dan jenayah rentas sempadan," katanya.
Kenyataannya turut dikongsi di laman rasmi Facebook Radio Television Malacanang (RTVM).
Sepanjang sidang kemuncak itu, Marcos dijadual menghadiri 14 mesyuarat peringkat pemimpin dan menyertai tiga majlis menandatangani dokumen, termasuk Deklarasi Kemasukan Timor-Leste sebagai Negara Anggota ASEAN ke-11, Protokol Kedua Pindaan kepada Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) serta Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 Dipertingkat.
Beliau menegaskan kekuatan kolektif ASEAN bergantung kepada kemajuan setiap negara anggotanya, sambil menambah bahawa pentadbirannya akan terus memupuk ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam perbelanjaan awam.
Marcos turut berkata Filipina sedang berusaha membina sebuah negara yang bersedia menghadapi masa depan dan ASEAN yang bukan sahaja berdaya saing, tetapi juga berorientasikan rakyat dan mampan.
Malaysia, yang menggalas tugas Pengerusi ASEAN tahun ini dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dari 26 hingga 28 Okt di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Filipina akan mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN daripada Malaysia pada tahun 2026.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Filipina
#Ferdinand Romualdez Marcos
#kerjasama serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan