awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Rakyat Malaysia bangga budaya negara diiktiraf semasa lawatan Trump

Bernama
Bernama
27/10/2025
05:59 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Rakyat Malaysia bangga budaya negara diiktiraf semasa lawatan Trump
Video tarian Trump tular di media sosial dengan jutaan tontonan dan tanda suka, mencetuskan rasa bangga rakyat Malaysia atas pengiktirafan terhadap budaya dan kepimpinan negara. -Foto fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, menarik perhatian rakyat negara ini dengan aksi spontan beliau.

Ringkasan AI
  • Lawatan Presiden AS Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 mencuri perhatian rakyat dengan aksi spontan beliau menari zapin bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
  • Video tarian Trump tular di media sosial dengan jutaan tontonan dan tanda suka, mencetuskan rasa bangga rakyat Malaysia atas pengiktirafan terhadap budaya dan kepimpinan negara.
  • Trump turut melanggar protokol dengan mengajak Anwar menaiki kenderaan rasmi presiden, "The Beast", sebelum berlepas ke Jepun untuk menghadiri forum APEC di Korea Selatan.

Namun, di sebalik keterujaan itu, debaran tetap dirasai apabila pesawat Air Force One, pesawat rasmi Presiden AS, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi semalam.
Hal ini kerana keperibadian pemimpin negara kuasa besar dunia itu sukar dijangka walaupun ketika berhadapan dengan pemimpin dunia yang lain.
Bagaimanapun, ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025, menyambut ketibaan Trump dengan hamparan permaidani merah di KLIA, Presiden Amerika itu kelihatan berada dalam mood yang ceria.
So beautiful! President @realDonaldTrump arrives in Malaysia and admires the welcome ceremony pic.twitter.com/ykllUIVVhc
— Margo Martin (@MargoMartin47) October 26, 2025
Beliau berjabat tangan mesra dengan Anwar dan sapaan penuh sopan antara mereka jelas kelihatan melalui skrin televisyen atau media sosial yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.
Yang paling menarik perhatian adalah apabila Trump secara spontan menari ketika disambut mesra oleh sekumpulan penari tradisional.
Mengikut irama zapin, beliau menari dengan gaya hand shuffle, seolah-olah gerakan twist yang perlahan.
MUST WATCH! President @realDonaldTrump dances at Malaysian arrival ceremony pic.twitter.com/e7Zrw3L35Y
— Margo Martin (@MargoMartin47) October 26, 2025
Malah, Anwar yang terhibur dengan gerakan tarian signature Trump itu turut menyertai Presiden AS, namun dengan gaya tarian yang ringkas.
Keceriaan Anwar dan Trump menari bersama-sama itu sekali gus menaikkan semangat dan menambah kehangatan suasana pagi Ahad, yang sebelum itu hujan renyai-renyai sebelum ketibaan presiden.
Imej dan video "tarian bersama" itu tular di seluruh dunia, pelbagai lapisan masyarakat berkongsi, menyiarkan semula dan meninggalkan komen dalam media sosial.
Satu daripada contohnya ialah video yang dimuat naik oleh Pembantu Khas dan Penasihat Komunikasi Presiden, Margo Martin.
Video itu meraih lebih sejuta tanda suka di platform media sosial Instagram dan 21.5 juta tontonan, selain 17.7 juta tontonan menerusi Facebook dan 9.3 juta di TikTok dengan kapsyen "Trump is the leader of the world and the king of social media (Trump ialah pemimpin dunia dan raja media sosial)."
8 years with President Trump and this may just be my favorite video captured yet! https://t.co/QYJUvMmeve
— Margo Martin (@MargoMartin47) October 27, 2025
Rakyat Malaysia pastinya berasa bangga apabila seorang Presiden Amerika mengiktiraf Malaysia, pemimpinnya, lambang kebangsaan dan rakyatnya.
Menambah lagi keterujaan, Trump kemudian mendekati sekumpulan petugas yang mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Amerika Syarikat sebelum mengambilnya daripada mereka lalu mengibarkan bendera dua negara itu.
8 years with President Trump and this may just be my favorite video captured yet! https://t.co/QYJUvMmeve
— Margo Martin (@MargoMartin47) October 27, 2025
Tidak berakhir di situ, Trump melanggar sedikit protokol keselamatan apabila mengundang Anwar untuk bersama-sama beliau menaiki kenderaan rasmi presiden, "The Beast", menuju ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara, lokasi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN.
President Trumps motorcade drives through Malaysia en route to the ASEAN Summit pic.twitter.com/NWbsgGTsXj
— Margo Martin (@MargoMartin47) October 26, 2025
Selaku tuan rumah ASEAN, Anwar turut ke hotel penginapan Trump untuk mengucapkan selamat jalan kepada pemimpin itu yang berlepas ke Jepun pagi ini.
Departure ceremony for President @realDonaldTrump in Malaysia! pic.twitter.com/ZA1V0x8mtW
— Margo Martin (@MargoMartin47) October 27, 2025
President @realDonaldTrump departs Malaysia en route to Japan! pic.twitter.com/78Ua6zsFTA
— Margo Martin (@MargoMartin47) October 27, 2025
Air Force One kini dalam penerbangan ke Tokyo sebelum ke Korea Selatan, dengan Trump dijadualkan menghadiri forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang akan diadakan di bandar pesisir Gyeongju.
Thank you, Malaysia! pic.twitter.com/g3f0WNJUgK
— Margo Martin (@MargoMartin47) October 27, 2025
Kedatangan Trump buat julung-julung kali ke Malaysia pastinya kekal dalam ingatan rakyat akan imej seorang presiden yang bukan sahaja tegas, tetapi juga terselit sisi lain yang ceria. Kita bangga menjadi rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#Donald Trump
#Anwar Ibrahim
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
#aksi spontan menari zapin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan