awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berjaya Rail lantik Tunku Aminah sebagai pengerusi

Bernama
Bernama
12/09/2023
15:07 MYT
Berjaya Rail lantik Tunku Aminah sebagai pengerusi
Unit rel Berjaya Land Bhd, Berjaya Rail Sdn Bhd telah melantik Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail sebagai pengerusi. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Unit rel Berjaya Land Bhd, Berjaya Rail Sdn Bhd telah melantik Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail sebagai pengerusi.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata Tunku Aminah memegang 30 peratus kepentingan dalam Berjaya Rail yang mencerminkan kepercayaan yang teguh Tunku Aminah terhadap visi, strategi dan potensi syarikat.
Tunku Aminah membawa bersama pengalaman yang luas daripada peranan kepimpinan di pelbagai syarikat swasta, termasuk Berjaya Corp Bhd, Berjaya Assets Bhd, Berjaya Capital Bhd, Berjaya Hartanah Bhd, Bukit Kiara Resort Bhd dan REDtone Digital Bhd, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Berjaya Land dan ahli lembaga Berjaya Rail Syed Ali Shahul Hameed berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan Tunku Aminah bagi merealisasikan potensi Berjaya Rail untuk menilai semula bagaimana orang ramai melakukan perjalanan dan berhubung.
Menurut makluman itu, Berjaya Rail terlibat dalam Permintaan Maklumat (RFI) MyHSR Corp untuk menggiatkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan komited untuk bekerjasama erat dengan pihak berkepentingan untuk memastikan kejayaannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Berjaya Rail
#Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail
#pengerusi
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan