awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berjaya tangkap semua watak Pokemon GO, warga Singapura nafi 'main tipu'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
22/08/2016
09:00 MYT
Berjaya tangkap semua watak Pokemon GO, warga Singapura nafi 'main tipu'
Ada pihak mendakwa Ho tidak menggunakan cara yang betul untuk menangkap kesemua watak Pokemon itu.Foto/Facebook Terence Ho
SEORANG warga Singapura, Terence Ho mendakwa berjaya menangkap kesemua watak Pokemon selepas 10 hari bermain permainan Pokemon GO.
Namun, isu timbul apabila Ho didakwa tidak mempratikkan cara yang betul untuk menangkap kesemua 145 watak Pokemon tersebut.
Ho dikatakan akan meminta rakannya yang menemui mana-mana watak Pokemon untuk menangkapnya, menggunakan akaun miliknya.
Ini berbeza dengan apa yang biasa dilakukan oleh pemain-pemain yang lain di mana mereka perlu mengejar watak-watak Pokemon di serata tempat jika ingin menangkapnya.
Melalui cara ini, Ho berjaya mendapatkan Kangaskhan, watak Pokemon yang hanya boleh didapati di Australia dan New Zealand.
Namun, memetik temuramah dengan The Straits Times, Ho berkata apa yang dilakukannya bukan satu bentuk penipuan, sebaliknya ia adalah 'teknik kreatif'.
Dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook, Ho berkata dia tidak gemar untuk terlalu fokus dan terikat kepada peraturan pertandingan.
Sebaliknya, melalui 'teknik' yang diamalkannya, dia bukan sahaja dapat menangkap semua Pokemon, tetapi juga dapat menjalin persahabatan.
Pokemon GO mula dilancarkan di Asia Tenggara kira-kira tiga minggu lalu.
Topic Berkaitan
#gamers
#Nintendo
#permainan
#Pokemon GO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan