awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bernas, KIMIA Malaysia meterai kerjasama strategik tingkat piawaian kualiti beras

Bernama
Bernama
14/10/2024
21:00 MYT
Bernas, KIMIA Malaysia meterai kerjasama strategik tingkat piawaian kualiti beras
Nota Kerjasama itu ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bernas, Zulkiflee Abdul Rahman dan Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Marhayani Md Saad. - Gambar Bernas
KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) memeterai Nota Kerjasama dengan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) bagi melaksanakan ujian perbandingan antara makmal (ILC) dan ujian kemahiran untuk aktiviti penggredan beras.
Bernas dan KIMIA Malaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, Nota Kerjasama itu ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bernas, Zulkiflee Abdul Rahman dan Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Marhayani Md Saad.
Turut menyaksikan pemeteraian kerjasama itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Aminuddin Hassim dan Pengerusi Bernas, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Menerusi kerjasama itu, Bernas akan menyokong KIMIA Malaysia dalam membangunkan kaedah, menyediakan latihan penganalisaan terhadap sampel beras dan membincangkan isu berkaitan penganalisaan beras untuk tujuan ujian perbandingan antara makmal di samping meningkatkan ujian kemahiran bagi analisis beras.
Makmal Bernas merupakan makmal pertama diiktiraf di Malaysia dan rantau Asia Tenggara melalui ISO17025 dan bakal mengukuhkan usaha meningkatkan kualiti beras selain memastikan konsistensi, kebolehpercayaan dan pematuhan kepada spesifikasi berdasarkan standard ditetapkan.
"Ini merupakan inisiatif pertama seumpamanya di negara ini kerana tiada penyedia program ujian perbandingan antara makmal yang lain bagi skop penggredan beras," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Aminuddin menerusi kenyataan sama berkata, inisiatif itu akan menjadi pemangkin kepada perubahan terhadap industri padi dan beras negara, sekali gus membawa kesan positif kepada kualiti, keselamatan makanan serta kebolehpercayaan rantaian bekalan padi dan beras dalam jangka panjang.
"Kerjasama ini bukan sahaja selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi yang didorong oleh sains, teknologi dan inovasi, malah juga menyokong agenda keterjaminan makanan dan meningkatkan daya saing industri beras negara," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#BERNAS
#Kimia Malaysia
#bekalan padi
#ujian perbandingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan