awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersalin dalam air: Hospital perlu memenuhi beberapa kriteria - Kementerian

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2016
05:59 MYT
Bersalin dalam air: Hospital perlu memenuhi beberapa kriteria - Kementerian
Hospital yang mahu menawarkan perkhidmatan bersalin dalam air perlu memenuhi beberapa kriteria, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Hospital yang mahu menawarkan perkhidmatan bersalin dalam air perlu memenuhi beberapa kriteria, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut beliau, beberapa kriteria telah dicadangkan oleh satu kumpulan pakar untuk dijadikan sebahagian garis panduan untuk bersalin dalam air di hospital-hospital di Malaysia.
Menurut beliau dalam satu kenyataan akhbar, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dalam peringkat terakhir untuk menyelaraskan garis panduan itu.
"Setelah ia dilaksanakan, pihak hospital yang berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan ini boleh memohon kepada pihak kementerian," katanya.
"Sekiranya kami berpuashati yang mereka mematuhi garis panduan, maka mereka boleh menawarkan perkhidmatan ini," katanya lagi.
Antara kriteria yang dicadangkan termasuk hanya ibu mengandung yang tidak mempunyai sebarang komplikasi dibenarkan menggunakan kaedah ini.
Selain itu, hospital berkenan juga perlu mempunyai kemampuan merawat sebarang kecemasan yang mungkin berlaku kepada ibu atau bayi sama ada ketika atau selepas proses kelahiran.
Dr Noor Hisham berkata, hospital terbabit perlu mempunyai peralatan sesuai yang digunakan untuk memantau perkembangan ibu dan bayi ketika proses kelahiran.
Semalam, KKM melarang kaedah melahirkan bayi dalam air seperti yang ketika ini dilakukan di beberapa hospital swasta di negara ini.
Larangan itu dikeluarkan kerana masih tiada bukti yang mengatakan kaedah kelahiran seperti itu dapat memberi manfaat kepada para ibu.
Terdapat tiga hospital di negara ini yang menawarkan perkhidmatan ini - Pantai Kuala Lumpur, Pantai Cheras dan Island Hospital di Pulau Pinang.
Namun begitu, hanya Pantai KL yang dilaporkan menerima notis daripada KKM, melarang mereka dari meneruskan perkhidmatan itu.
Topic Berkaitan
#bersalin dalam air
#Dr Noor Hisham Abdullah
#garispanduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan