awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bersantai' di balkoni secara berbahaya, lima wanita warga asing ditahan

Bernama
Bernama
05/07/2021
20:41 MYT
'Bersantai' di balkoni secara berbahaya, lima wanita warga asing ditahan
Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
JOHOR BAHRU: Tindakan 'bersantai' dalam keadaan yang boleh mendatangkan bahaya di luar balkoni tingkat 6 di sebuah unit pangsapuri berhampiran Taman Sri Bayu Puteri di sini mengundang padah apabila lima wanita warga Indonesia ditahan polis pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata kesemua wanita berusia lingkungan 20 hingga 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Taman Pelangi pada 12.10 tengah hari.
"Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku semalam pada kira-kira 10 pagi dan kita telah membuat serbuan serta menahan wanita warga asing dipercayai suspek yang tular di dalam video berkenaan.
"Semakan mendapati kesemua mereka mempunyai dokumen diri dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tular di laman Facebook sebuah video berdurasi tujuh saat memaparkan sekumpulan wanita dipercayai warga asing sedang bersantai di luar balkoni kecil dalam keadaan yang membahayakan keselamatan diri sekali gus mengundang pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat.
Kesemua wanita dilihat duduk serta berdiri sambil bersembang sambil membawa minuman dan mereka dipercayai keluar untuk bersantai di balkoni tanpa sebarang pagar itu dengan melalui tingkap bilik di unit berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#Indonesia
#Johor Bahru
#Facebook
#video tular
#santai
#balkoni
#pagar
#Taman Sri Bayu Puteri
#warga Indonesia
#Mohd Padzli Mohd Zain
#polis
#bahaya
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan