KUALA LUMPUR:Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini sebenarnya sedang membantu membersihkan UMNO dengan mengambil ahli-ahlinya yang tiada jati diri.
Exco Pemuda UMNO Bastien Onn menegaskan, adalah perkara biasa bagi mana-mana parti untuk menambah ahli selain kewujudan perbagai parti melambangkan demokrasi yang subur di negara ini.
"Amalan menambah ahli merupakan proses penting untuk menunjukkan kekuatan parti. Saya tidak sama sekali terperanjat atau berasa pelik. Saya konsisten menyatakan bahawa UMNO dan Bersatu merupakan parti yang hampir serupa serba-serbi.
"Penghijrahan UMNO ke Bersatu atau Bersatu ke UMNO adalah pertimbangan yang paling mudah seumpama ahli Pas ke Amanah.
"Saya ingin mengingatkan jika benar hanya dengan RM100 Bersatu menculik ahli UMNO, mereka sebenarnya sedang membantu membersihkan UMNO dengan mengambil ahli-ahlinya yang tiada jati diri," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
BACA: Henti segera 'curi', 'beli' ahli UMNO jika mahu terus bekerjasama - Asyraf Wajdi
BACA: Politik berhemah perlu kompromi, pengorbanan semua pihak - Penganalisis
Bastien merujuk kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang mengulas desakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki agar Bersatu menghentikan segera sebarang usaha untuk bersaing ahli antara satu sama lain jika mahu meneruskan kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Asyraf berkata, tindakan itu tidak dapat memberi jaminan kerjasama kedua parti berkenaan akan kekal sekiranya perkara sedemikian masih berlaku.
Dalam pada itu, Wan Saiful turut meminta Asyraf meminta maaf di atas dakwaannya, Bersatu membayar sehingga RM100 kepada setiap ahli UMNO yang menyertai parti itu, sementara cawangan yang ditubuhkan diberi peruntukan antara RM3,000 hingga RM5,000.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum ini memaklumkan, parti itu menyasarkan untuk mempunyai 8,000 cawangan di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan akan datang.
Jelasnya, parti itu kini mempunyai kira-kira 600,000 ahli dan terus menerima permohonan untuk menubuhkan cawangan baharu.
Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu.
BACA: Bersatu nafi 'beli' atau 'curi' ahli UMNO, gesa Asyraf Wajdi mohon maaf - Wan Saiful
Sementara itu Bastien menjelaskan, demokrasi adalah terbuka dan dakwaan bayaran RM100 adalah nilai sebenar harga diri dan perjuangan yang dipamerkan.
"Kepada ahli-ahli yang dikatakan berhijrah, mereka sebenarnya berada dalam kerugian kerana UMNO adalah satu-satunya parti yang sedang melalui proses pendayaan dan pembersihan selepas berkuasa selama 62 tahun.
"Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan detik kebangkitan UMNO yang akan menjadikan kami parti diminati dan popular semula.
"Jika benar ini berlaku, sedikit pun saya tidak ralat dan merasakan bahawa pembersihan ahli-ahli yang tidak setia merupakan sebahagian daripada proses mendirikan semua UMNO sebagai persiapan menghadapi PRU15," tegasnya.
Bastien turut mengingatkan Bersatu agar menjaga tindak-tanduk mereka semasa bersahabat.
"Ahli-ahli UMNO kenal mana musuh dan mana lawan. Kita harus kekal beristiqamah dalam kerajaan demi kebaikan rakyat," ujarnya.
Asyraf sebelum ini turut menjelaskan, fenomena ‘curi’ dan ‘beli’ ahli UMNO jika diteruskan akan mengesahkan segala persepsi dan dakwaan selama ini bahawa matlamat Bersatu ditubuhkan dan gabungan besar PN diwujudkan hanyalah untuk melemahkan dan menggantikan UMNO.
"Seharusnya dalam suasana permuafakatan kerajaan yang terbentuk, dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari titik-titik persefahaman dan merungkai segala bentuk perbezaan termasuk menghentikan sebarang usaha melemahkan antara satu sama lain demi agenda penyatuan lebih besar," kata Asyraf.
Astro Awani
Sat Jan 02 2021
Kata Bastien, ahli-ahli UMNO kenal mana musuh dan mana lawan selain mengingatkan mereka untuk kekal beristiqamah dalam kerajaan demi kebaikan rakyat. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.
NGO gesa polis siasat kenyataan Hamzah ada fail pemimpin kerajaan.
Laporan dibuat bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.
Dakwaan 'Muhyiddin ditahan SPRM' tidak benar - Sumber Bersatu
Sebelum ini beberapa portal melaporkan SPRM akan menahan seorang ahli politik kanan dan mengheretnya ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.
Keluar Bersatu: Muhyiddin kecewa bekas pemimpin Bersatu Sabah tidak setia
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti.
PRU15 : Srikandi mahukan lebih ramai calon wanita
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahukan lebih ramai calon wanita bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Kekal bersama parti: Idealisme, prinsip PPBM adalah jati diri saya - Azmin Ali
Ia susulan khabar angin bahawa Mohamed Azmin akan meninggalkan Bersatu dan mengikuti jejak langkah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Tindakan Zuraida keluar parti menunjukkan Bersatu semakin lemah - Ahmad Maslan
Keputusan Datuk Zuraidah Kamaruddin menunjukkan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah.
USNO kini parti komponen kepada GRS - Hajiji
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS.
PRN Johor: Rancang strategi ampuh bagi halang kerakusan, tamak kuasa UMNO - Pemimpin Bersatu
UMNO dan BN dilihat semakin rakus, tamak kuasa dan gelojoh ingin mengadakan pilihan raya tanpa mengambil kira kesukaran dialami rakyat yang ketika ini masih berhadapan ancaman COVID-19.
PBM perlu buktikan kredibiliti, menangi hati rakyat - Penganalisis
Parti Bangsa Malaysia (PBM) perlu membuktikan kredibiliti mereka sebagai parti baharu yang memperjuangkan konsep berbilang bangsa.