Rakyat diminta terus bersatu dan utuh demi Malaysia walaupun wujud pihak yang cuba memburukkan dan menjejaskan ekonomi negara demi kepentingan sendiri.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata pihak tidak bertanggungjawab ini selain cuba memecah-belahkan hubungan sesama rakyat, turut membuat pelbagai tuduhan dan penipuan seperti melabel negara sebagai bankrap.
"Kalau bankrap tak adalah negara lain akan datang melawat kita, tak ada institusi mengiktiraf Malaysia sebagai negara nombor satu untuk pelaburan," katanya ketika berucap pada majlis 'Ekspresi Negaraku' peringkat negeri di sini hari ini.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din.
Ali berkata keyakinan pelabur terhadap negara semakin meningkat berikutan keyakinan ditunjukkan negara-negara luar dan pemimpinnya terhadap Malaysia serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Misalnya negara seperti China, di mana pelaburan diunjurkan sebanyak RM144 bilion, Arab Saudi dengan lawatan Raja Salman (bin Abdulaziz al-Saud) baru-baru ini dan kita lihat satu projek saja iaitu Petronas dan Aramco (Saudi Arabian Oil Company) telah menghasilkan pelaburan sebanyak RM32 bilion," katanya.
Ali berkata negara anggota ASEAN juga mempunyai hubungan kerajaan dengan kerajaan dan ekonomi yang terbaik dengan Malaysia, malah India baru-baru ini juga diunjurkan akan membawa pelaburan yang tinggi kepada Malaysia.
"Insya-Allah dalam masa terdekat beberapa pemimpin negara akan mengunjungi Malaysia untuk menjalin hubungan rapat selain beberapa pemimpin dari negara di Timur Tengah," katanya.
Beliau berkata kerajaan amat prihatin dengan kebajikan rakyat dan memastikan segala pembangunan yang tercapai akan dinikmati melalui penekanan kepada ekonomi rakyat.
"Pertumbuhan prestasi ekonomi negara kita adalah memberangsangkan walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang. Pada 2016 kita capai tahap 4.2 peratus kadar pertumbuhan ekonomi.
"Pada tahun ini Bank Negara unjurkan ekonomi kita akan berkembang di antara 4.3 dan 4.8 peratus," katanya.
Ali turut meminta setiap rakyat Malaysia menyumbang kepada negara melalui kerja yang dapat meningkatkan produktiviti negara, seperti perniagaan yang menambah baik ekonomi.
"Anda tidak perlu berkhidmat sebagai penjawat awam untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara, sumbanglah kepada Negaraku melalui aktiviti positif yang membawa kebaikan kepada diri anda dan mereka di sekeliling anda," katanya.
Mengenai program Ekspresi Negaraku, beliau berkata Kedah merupakan lokasi kedua program itu dilangsungkan selepas ia dilancarkan pada 18 Mac lalu di Putrajaya oleh perdana menteri.
"Kita berhasrat menjelajah setiap negeri di Malaysia agar sebanyak mungkin rakyat dapat bersama meraikan semangat cintakan 'Negaraku'," katanya.
Ekspresi Negaraku merupakan usaha dan platform untuk rakyat Malaysia bersatu hati serta menyemai rasa bangga dan semangat patriotisme cintakan negara.
Ali turut melawat sekitar tapak acara di samping berinteraksi dengan ikon dan selebriti tempatan, antaranya Pak Mazin (Pewaris Sulung Pembuatan Keris Tradisional) dan Sujana Rejab (Pereka Tangan Cetakan 3D).
Kira-kira 10,000 orang hadir memeriahkan acara yang berlangsung sehingga 10.30 malam ini. -- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2017
Tan Sri Dr Ali Hamsa (tengah) melawat tapak pameran pada Majlis Perasmian Ekspresi Negaraku Peringkat Negeri Kedah di Sungai Petani hari ini. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi
Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah.
PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa
Ahli Parlimen Bera itu turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya.
Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin
Penghormatan terakhir diadakan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dari 8 hingga 9.45 pagi.
Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad
KSU K-KOMM, Mohammad Mentek rakam penghargaan di atas budi dan jasa Allahyarham Ali Hamsa kepada penjawat awam.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia
Allahyarham yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1958 memegang jawatan tersebut dari tahun 2012 hingga 2018.
Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa
Sebelum ini, Ali memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan beliau, terdapat empat isu dipersetujui untuk dipadamkan daripada laporan.
Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah
Rakaman berkenaan antara lain dikaitkan dengan keputusan yang dibuat untuk menghapuskan empat isu daripada laporan audit 1MDB.
Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa berkata perkara itu dimaklumkan oleh Najib ketika beliau (Ali) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Feb 2016.