awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih longkang demi kelancaran trafik, tindakan polis ini dapat pujian

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
12/01/2022
12:18 MYT
Bersih longkang demi kelancaran trafik, tindakan polis ini dapat pujian
Shah dilaporkan sedang menjalankan tugas point duty pada pagi Selasa mengawal aliran trafik di Kampung Meruntum, Putatan, Sabah. - Gambar Ihsan Video Polis Daerah Penampang.
KUALA LUMPUR : "Tidak mengapa jika seragam putih yang membaluti tubuh itu kotor, asalkan keselamatan masyarakat terjaga dan aliran trafik pulih seperti sedia kala...".
Itu yang dikatakan oleh Koperal Shah Erman, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang, Sabah setelah rakaman videonya membersihkan laluan air longkang tular pada Selasa.
Video yang dikongsikan Polis Daerah Penampang itu menunjukkan Shah sanggup turun ke longkang bagi membersihkan laluan air yang tersumbat yang menyebabkan sebahagian jalan ditakungi air mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
Situasi itu dilaporkan berlaku di Kampung Meruntum, Putatan, Sabah.
"Koperal Shah Erman pada ketika itu sedang menjalankan tugas ‘point duty’ bersama Sarjan Fadzil dan Konstabel Syazwan yang turut mengawal lalu lintas dan melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.
"Biar seragam putih tercalit ‘kotoran’ asal tidak ‘integriti’ tercalar. Syabas Koperal Shah Erman di atas sikap positif yang ditunjukkan kepada masyarakat," kata Polis Daerah Penampang dalam perkongsian di Facebook pada Selasa.
Pihaknya merakamkan ucapan syabas dan tahniah dan menggambarkan tindakan Koperal Shah Erman itu sebagai contoh 'frontliner terbaik'.
Topic Berkaitan
#PDRM
#Polis Daerah Penampang
#video tular
#cuci longkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan