awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Besar kemungkinan gelombang Omicron akan mula di Malaysia - Khairy

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
02/01/2022
04:21 MYT
Besar kemungkinan gelombang Omicron akan mula di Malaysia - Khairy
Khairy berkata dengan memperlahankan jangkitan varian Omicron, ia mampu mengelakkan sistem kesihatan awam menjadi lumpuh. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak besar kemungkinan gelombang varian Omicron akan bermula di Malaysia, sepertimana yang berlaku di negara-negara lain.
Justeru, menterinya, Khairy Jamaluddin dalam kemas kini di laman Twitter menegaskan, beberapa langkah segera perlu diambil untuk memperlahankan penularan varian membimbangkan (VOC) yang berasal dari Afrika Selatan itu.
"Liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, #TRIIS (ujian, lapor, mengasingkan), MySJ Trace dan kawalan pintu masuk antarabangsa, antara langkah perlahankan penularan Omicron," demikian kata Khairy dalam entri tersebut, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Khairy berkata dengan memperlahankan jangkitan Omicron, ia mampu mengelakkan sistem kesihatan awam menjadi lumpuh.
"Ada yang rujuk data kesan Omicron tidak seteruk Delta. Nampak begitu, kebolehjangkitan Omicron > (lebih tinggi daripada) Delta.
"Jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukkan hospital atau ICU (Unit Rawatan Rapi) akan meningkat," ujarnya lagi.
Sepertimana negara2 lain, berkemungkinan besar gelombang Omicron akan mula di Malaysia. Liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, #TRIIS, MySJ Trace & kawalan pintu masuk antarabangsa anatara langkah perlahankan penularan Omicron. https://t.co/QSQnIUG2Cx
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) January 2, 2022
Setakat semalam, Khairy memaklumkan jumlah keseluruhan varian itu di negara ini adalah sebanyak 64 kes.
Daripada jumlah tersebut, 63 daripadanya membabitkan pengembara dan satu kes disyaki jangkitan tempatan.
Jelas beliau, sebanyak 32 kes atau 50 peratus daripada keseluruhan jangkitan Omicron yang dikesan di Malaysia berlaku dalam kalangan jemaah umrah.
Antara langkah yang diambil kerajaan juga adalah dengan penangguhkan perjalanan umrah berkuat kuasa 8 Januari.
Topic Berkaitan
#varian omicron
#Khairy Jamaluddin
#Covid-19 Malaysia
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan