KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjelaskan bahawa Beting Patinggi Ali adalah milik Malaysia dan tidak pernah mengiktiraf sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak lain memandangkan ia di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.
MINDEF dalam kenyataan hari ini memaklumkan, dari sudut geografi, Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri (spesifiknya di Tanjung Baram), Sarawak dan dalam kawasan perairan ZEE Malaysia.
"Kedaulatan negara akan terus dipelihara dan sentiasa menjadi keutamaan MINDEF dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," menurut kenyataan itu bagi menjelaskan laporan media pada 25 Jan lepas mengenai tuntutan kawasan Beting Patinggi Ali, Sarawak.
Pada Rabu lepas, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa ATM mempunyai aset yang mencukupi untuk memantau kawasan pertikaian di sekitar Beting Patinggi Ali.
Beliau dilapor berkata, langkah berkenaan diambil adalah untuk memantau kehadiran kapal pengawal pantai China dan penting untuk negara meletakkan aset ketenteraan di kawasan pertindihan itu bagi mengelakkan ia dianggap dimiliki negara lain.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan bahawa kapal peronda kelas - Kedah milik Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Kelantan berada di perairan sekitar Beting Patinggi Ali untuk memantau kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan Malaysia yang kaya dengan sumber minyak dan gas. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
Kementerian Pertahanan menjelaskan Beting Patinggi Ali adalah milik Malaysia dan tidak pernah mengiktiraf sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak lain memandangkan ia di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia. - Gambar SINAR HARIAN
Madinah jadi saksi pertemuan keluarga dan anak
Selepas setahun tidak bertemu, seorang anak, pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah bersyukur dapat membawa sendiri ibu bapanya, yang juga jemaah haji musim 1445H/2024M untuk ziarah luar di Madinah.
Tenaga Boleh Baharu: Pulau Borneo berpotensi besar jadi pembekal
Jelas Fadillah lagi, negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh diperbaharui (RE).
Aksi United serba tidak menjadi
AKSI Manchester United pada musim ini bagai serba tak kena apabila berdepan risiko gagal layak ke kejohanan Eropah buat kali kedua sejak musim 1989/90.
Bekalan Tenaga: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan
Fadillah menjelaskan kerjasama dengan negara-negara dalam rantau ASEAN juga akan diperluaskan bagi sektor bekalan tenaga.
[TERKINI] PETRA terus komited semarakkan ekonomi berasaskan hidrogen
Menurut Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, komitmen itu adalah cerminan aspirasi untuk mencapai penyahkarbonan global yang disifatkan sebagai perkara penting menerusi
perintis penyelesaian tenaga.
perintis penyelesaian tenaga.
Google Wallet henti sokong OS lama, perlu sekurang-kurangnya Android 9
Keperluan sistem operasi minimum ini akan berkuat kuasa mulai 10 Jun 2024.
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai 3 Mei lalu.
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.
“Laporan kasino di Forest City fitnah liar, keterlaluan”- MB Johor
Dakwaan itu ulangi persepsi negatif menggagalkan pembangunan Forest City yang pernah dilakukan pihak tertentu pada 2018, tegas Onn Hafiz.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Beting Patinggi Ali milik Malaysia, tidak iktiraf sebarang tuntutan - MINDEF
Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri, Sarawak dan dalam kawasan perairan ZEE Malaysia.
Aset tentera negara cukup untuk pantau Beting Patinggi Ali - Mohamad Hasan
Mindef menegaskan pihaknya mempunyai aset yang mencukupi untuk memantau kawasan pertikaian, sekitar Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) di Perairan Sarawak.
Tiada bot dan kapal China ceroboh perairan negara - Hishammuddin
Tiada bot dan kapal dari China menceroboh perairan negara di Laut China Selatan seperti didakwa sebelum ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.