KUALA LUMPUR: Susulan pemecatannya daripada UMNO pada Jumaat lalu, Khairy Jamaluddin masih menyimpan harapan untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri pada masa hadapan.
Namun begitu, bekas Ketua Pemuda UMNO itu tidak pasti bagaimana hasrat berkenaan akan dicapai.
"Saya ingin mendapat keistimewaan suatu hari nanti untuk memimpin negara. Saya tidak pasti bagaimana ia akan berlaku sekarang, tetapi saya faham bahawa politik bukan jalan yang sentiasa lurus… pasti ada jalan berliku sebelum seseorang itu muncul sebagai pemimpin, bukan sahaja parti mereka, tetapi negara.
"Jadi saya masih menyimpan impian untuk memimpin negara ini suatu hari nanti. Bagaimana saya mahu lakukan, saya masih tidak tahu, tetapi saya ingin memastikan bahawa keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan akan datang keputusan yang berdasarkan visi negara yang saya mahukan," katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam program The Breakfast Grill di BFM pagi tadi.
Dalam masa sama, Khairy masih belum memutuskan langkah selanjutnya, sama ada kekal dalam politik atau beralih arah ke bidang lain buat sementara waktu.
Malah bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga dalam nada bergurau memaklumkan, jadualnya penuh sepanjang minggu ini dengan jemputan makan tengah hari.
"Saya akan berjumpa sesiapa yang mahu berjumpa… saya akan mendengar apa yang mereka mahu katakan dan saya tidak kekurangan jemputan makan tengah hari, minggu ini. Saya tidak fikir saya perlu membayar untuk makan tengah hari minggu ini.
"Tetapi saya tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan. Jadi izinkan saya mengambil masa dan saya sangat terbuka dengan sesiapa yang ingin bertemu," katanya lagi.
Jelas Khairy, beliau mempunyai kriteria tersendiri dalam membuat pertimbangan sebelum menyertai mana-mana parti politik, jika itu langkah yang mahu diambil selepas ini.
"Ia mesti sejajar dengan wawasan saya sendiri untuk mewujudkan negara yang inklusif. Satu negara yang berasaskan tadbir urus yang baik. Satu negara yang progresif tetapi ia juga harus sesuai, antara kami ada keserasian.
"Sudah tentu, menyertai parti politik baharu akan menjadi janggal pada mulanya kerana mungkin, anda pernah bertelagah pada satu ketika sebagai parti lawan, tetapi itulah politik. Ia tentang memenangkan dan meyakinkan orang lain.
“Saya fikir saya bersedia untuk itu, tetapi ia perlu sejajar dengan visi dan bukan hanya mengambil kesempatan," kata personaliti berusia 47 tahun itu lagi.
Tambahnya, mahu membuang UMNO terus dari hidupnya bukan perkara mudah apatah lagi selepas mengabdikan diri selama 23 tahun dengan parti yang sama.
Malah, fakta bahawa beliau dipecat dan bukan mengundurkan diri, menjadikan situasi lebih sukar.
Bekas Menteri Kesihatan itu bagaimanapun tidak menolak untuk kembali kepada UMNO satu hari nanti, namun menegaskan, ia hanya akan berlaku jika parti Melayu itu melaksanakan perubahan dan bukan lagi entiti yang sama seperti hari ini.
"Saya telah memikirkan soalan ini sejak dua hari lepas dan saya tidak pasti. Tetapi kemerosotan UMNO sudah bermula lama dahulu, saya takut ia sudah sampai ke titik tiada jalan kembali.
"Jadi jika saya terfikir untuk kembali ke UMNO, ia mesti menjadi entiti yang sangat berbeza daripada hari ini. Kepimpinannya juga telah merosot dengan teruk, dan saya tidak pasti ia boleh pulih," tegas Khairy lagi.
Madiha Abdullah
Mon Jan 30 2023
Susulan pemecatannya daripada UMNO pada Jumaat lalu, Khairy Jamaluddin masih menyimpan harapan untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri pada masa hadapan. - Gambar fail
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.