awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Biarlah dia seorang sahaja yang kuat' - Anwar enggan layan kenyataan Abdul Hadi

Bernama
Bernama
13/09/2024
11:40 MYT
'Biarlah dia seorang sahaja yang kuat' - Anwar enggan layan kenyataan Abdul Hadi
Anwar enggan melayan kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai lemah. -Bernama
KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan melayan kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai lemah.

Ringkasan AI
  • PM Anwar Ibrahim enggan melayan kenyataan Abdul Hadi Awang yang mendakwa pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai lemah.
  • Anwar secara sinis berkata, "Biarlah dia (Abdul Hadi) seorang sahaja yang kuat" ketika ditanya mengenai kenyataan tersebut.
  • Abdul Hadi mendakwa pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Perpaduan tidak mampu mengawal rakan pimpinan bukan Islam dan gagal mempertahankan kesucian agama Islam.

Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman di sini hari ini, Anwar dalam jawapan ringkas secara sinis berkata, "Biarlah dia (Abdul Hadi) seorang sahaja yang kuat".
Anwar berkata demikian ketika ditanya reaksi beliau terhadap kenyataan Ahli Parlimen Marang itu pada Muktamar Pemuda PAS ke-65 di Kerdau, Temerloh yang turut mendakwa pemimpin bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'naik kepala.'
Semalam, Abdul Hadi dikatakan turut mendakwa pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Perpaduan tidak mampu mengawal rakan pimpinan bukan Islam.
Presiden PAS itu mendakwa kebanyakan parti dalam Kerajaan Perpaduan adalah berpandukan kepada Melayu dan Islam namun masih gagal untuk mempertahan perkara yang melibatkan kesucian agama Islam daripada dicampuri oleh masyarakat bukan Islam termasuk isu pensijilan halal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Abdul Hadi Awang
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan