"Saya tidak bimbang apa-apa jika adanya usul undi tidak percaya."
Itu kenyataan dan pesanan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang reda seandainya ada sebarang tindakan walau daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) sendiri untuk 'menjatuhkannya' melalui undi tidak percaya.
Katanya, sebarang tindakan yang dilakukan ADUN itu jika terjadi sekalipun sudah termaktub di dalam enakmen negeri Selangor sendiri.
Abdul Khalid berkata demikian semasa mengulas pertanyaan pemberita tentang kedudukannya sebagai Menteri Besar selepas majlis berbuka puasa di Subang Jaya di sini.
Kedudukan Abdul Khalid dilihat sedikit 'panas' minggu ini selepas pelbagai spekulasi mengenai status jawatannya tersebar di media sosial dan portal berita.
Bagaimanapun, ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali pada petang Selasa menasihatkan semua pihak untuk menghentikan spekulasi tersebut.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid menegaskan proses penyusunan semula ahli lembaga pengarah anak syarikat dan buang pekerja tidak produktif sebagai langkah pemantauan semua aset kerajaan negeri dan peningkatan prestasi syarikat di bawahnya.
"Mesyuarat Majlis Kewangan Negara mengesyorkan sumber dan aset syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu sentiasa dipantau," jelasnya.
Bagaimanapun tegasnya, langkah itu tidak ada kena mengena dengan usaha melemahkan seteru politiknya, Azmin, seperti yang tersiar di beberapa portal berita.
Dalam pada itu ketika ucapan aluannya, Abdul Khalid dalam nada sinis memberitahu rutin hariannya minggu ini dengan pemantauan media yang terlebih 'prihatin' dengannya.
"Saya terima hakikatnya. Kalau berita hanya ada satu kenyataan sahaja pasti tidak ramai yang membacanya. Berita mestilah ada masam manisnya...barulah pembaca dapat merasakan apa yg ditulis pemberita itu.
"Tapi kena sama-sama tanggungjawab kongsi
berita itu dan perlu bawa manfaat kepada siapa mereka hendak disebarkan berita itu," ujarnya.
Abdul Khalid dikatakan akan melepaskan jawatannya selepas hari raya atau selewat-lewatnya September depan.
Ia dikatakan usaha susulan pihak tertentu yang mahu menjatuhkan Abdul Khalid selepas kegagalan strategi 'langkah Kajang' sebelum ini.
Wan Syamsul Amly
Tue Jul 08 2014
KHALID: Sebarang tindakan yang dilakukan ADUN itu jika terjadi sekalipun sudah termaktub di dalam enakmen negeri Selangor.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motorsikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, ketika diperkenalkan dengan bekas Menteri Besar Selangor itu pada tahun 2000, beliau tidak menyangka dapat menariknya untuk terjun ke gelanggang politik.
Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi
Sultan Selangor berkenan berangkat ke upacara pengebumian jenazah Allahyarham Abdul Khalid di Makan Diraja Shah Alam.
Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB
Kerajaan Selangor hargai sumbangan besar Abdul Khalid kepada negeri itu sepanjang hayat Allahyarham.
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim
Sesi ziarah dan penghormatan terakhir dibuka kepada orang ramai hingga jam 1 tengah hari ini.
Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.
Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP
Allahyarham juga dikenang sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas pembangkang menewaskan BN Selangor buat pertama kali pada 2008.
Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan memberi peluang kepada rakyat Selangor beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).