Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan biasiswa khas bagi wartawan di negara ini yang berhasrat melanjutkan pengajian di universiti awam.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata ia bagi menghargai sumbangan dan peranan golongan wartawan dalam membentuk Malaysia Baharu di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH).
"Perincian mengenai biasiswa berkenaan akan diumumkan dalam waktu terdekat," katanya dalam ucapan pada Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2019 untuk merebut Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2018 (HKM 2018) di sini Jumaat malam.
BACA: Hadiah Kewartawanan Malaysia: Astro AWANI menang dua anugerah
Turut hadir Pengerusi MWM 2019 Datuk Chamil Wariya serta peneraju organisasi media termasuk Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.
Selain itu, beliau berkata KPM turut bekerjasama dengan Al Jazeera yang bersetuju menawarkan khidmat latihan dan bimbingan khusus kepada mereka yang ingin mengasah bakat kewartawanan.
Persetujuan itu dibuat susulan pertemuan Maszlee dengan wakil media antarabangsa itu di Doha, Qatar baru-baru ini.
Menurut Maszlee, ketika ini dua universiti awam iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah memberi respons positif untuk bekerjasama dengan Al Jazeera bagi tujuan itu.
"Hasrat saya ialah untuk melihat wartawan kita bukan sahaja bekerja di Malaysia semata-mata kerana saya yakin bahawa rakyat Malaysia berpotensi dan ramai wartawan mampu pergi lebih jauh.
"Saya nampak satu hari nanti mungkin setengah dekad hadapan, wartawan Al Jazeera, BBC, CNN, New York Times, Wall Street Journal ada terdiri daripada kalangan rakyat Malaysia. Ini dapat dicapai sekiranya kita punyai rangkaian yang tepat dan pendedahan dan saya yakin rakyat kita boleh," katanya.
Menyedari peranan penting media, Maszlee berkata kerajaan komited mengukuhkan lagi kebebasan media di negara ini dengan menyemak semula undang-undang yang dianggap mengongkong dan mengekang kebebasan media.
Malah, katanya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang dalam proses menjayakan penubuhan Majlis Media Malaysia yang akan bertindak sebagai badan kawal selia kendiri media.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2019
MASZLEE: KPM turut bekerjasama dengan Al Jazeera yang bersetuju menawarkan khidmat latihan dan bimbingan khusus.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Biasiswa khas disediakan untuk wartawan tempatan
Maszlee berkata ia bagi menghargai sumbangan dan peranan golongan wartawan dalam membentuk Malaysia Baharu.