KUALA PILAH: Seekor biawak seberat empat kilogram ditemui tersekat di dalam lubang tandas di sebuah pasar raya di Jalan Melang, di sini pada Isnin.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Pilah, Lt (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, kejadian kira-kira jam 5.35 petang itu mengejutkan orang ramai apabila mendapati kepala reptilia itu tersumbat dalam sebuah lubang tandas lelaki.
"Seramai empat orang anggota diketuai oleh Prebet (PA) Ahmad Hambali Ahmad Kamal ke lokasi kejadian pada jam 5.40 petang setelah menerima laporan dari orang awam.
"Operasi menyelamatkan biawak malang itu mengambil masa kira-kira 10 minit dengan menenangkannya sebelum dikeluarkan," katanya ketika hubungi Sinar Harian pada Selasa.
Ujarnya, biawak sepanjang 80 sentimeter itu kemudiannya dilepaskan ke habitat asal.
"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan ancaman bahaya atau bencana dan diminta untuk segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 26 2023
Anggota APM Kuala Pilah sedang mengeluarkan biawak berkenaan. - Foto APM Kuala Pilah
Sukan Olimpik Paris: Tambah berat badan jadi agenda Nurul Izzah Izzati
Tuntutan perlumbaan elit memerlukan Nurul Izzah Izzati meningkatkan kualiti ototnya jika mahu berdaya saing di samping pelumba handalan dunia.
SAMENTA cadang kerajaan tubuh Dana Wawasan RM1 bilion untuk rangsang sektor PKS
Dana itu boleh digunakan untuk melabur dalam IPO baharu dengan saiz tiket RM50,000 sehingga RM1 juta setiap syarikat.
Untung bersih DRB-Hicom susut 15.2 peratus disebabkan caj cukai lebih tinggi
Bagaimanapun, kumpulan itu merekodkan pertumbuhan 5.0 peratus dalam PBT kepada RM210.76 juta berbanding RM200.77 juta sebelumnya.
9 maut, puluhan cedera, pentas kempen politik runtuh akibat angin kencang di Mexico
Mangsa yang maut terdiri daripada lapan orang dewasa dan seorang kanak-kanak.
PM Anwar ucap tahniah kepada Ireland, Norway, Sepanyol kerana iktiraf Palestin
Ketiga-tiga negara itu memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan, kata PM.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
- Rumah pemain Selangor, Khuzaimi Piee dipecah masuk
- Gelora Udara: Beberapa penumpang SIA cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
- Kes resit hina Islam: Empat warga Myanmar ditahan bantu siasatan
#AWANInews #AWANIPagi
- Rumah pemain Selangor, Khuzaimi Piee dipecah masuk
- Gelora Udara: Beberapa penumpang SIA cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
- Kes resit hina Islam: Empat warga Myanmar ditahan bantu siasatan
#AWANInews #AWANIPagi
12 rakyat Palestin maut, 30 cedera dibedil bom tentera Israel
Sebahagian besar yang terbunuh merupakan kaum wanita, banyak mayat yang hangus sementara 30 mangsa lain cedera.
Perjalanan terakhir : Ebrahim Raisi dikebumi di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis dengan ribuan rakyat mengiringi perjalanan akhir pemimpin kesayangan.
Ustaz Don seru jabatan agama keluar garis panduan ‘dating’ mencari jodoh
Jelas Ustaz Don, Islam tidak mengongkong umatnya tanpa alasan munasabah namun ia menyekat perkara-perkara yang boleh merosakkan generasi.
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada 2.30 petang.
Biawak tersekat dalam lubang tandas pasar raya
Kepala biawak seberat empat kilogram tersumbat dalam sebuah lubang tandas lelaki.