awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bicara kes Da'i Syed bermula April tahun depan

Bernama
Bernama
12/11/2021
21:45 MYT
Bicara kes Da'i Syed bermula April tahun depan
Pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful hadir bagi sebutan kesnya yang didakwa atas pertuduhan cabul dan persetubuhan luar tabii di Mahkamah Petaling Jaya. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 10 hari bermula April tahun hadapan untuk perbicaraan kes pendakwah selebriti Da'i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, yang didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta, tahun lalu.
Hakim Jamaludin Mat menetapkan sembilan hari dalam bulan April bermula 18, 20, 21 dan 22, 25 hingga 29 dan sehari pada 17 Mei, sebagai tarikh perbicaraan ketika sebutan kes itu, pada Jumaat.
Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris memaklumkan kepada mahkamah pihaknya akan memanggil tujuh saksi pendakwaan termasuk mangsa, untuk memberi keterangan.
Pada 10 Dis tahun lalu, Syed Shah Iqmal, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun, di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, pada tarikh sama di Mahkamah Majistret, Syed Shah Iqmal turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya, pada tarikh dan lokasi sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Pada 19 Mac lepas, Mahkamah Majistret membenarkan kes cabul yang dihadapi Syed Shah Iqmal dipindahkan ke Mahkamah Sesyen, untuk dibicarakan bersama.
Syed Shah Iqmal, yang diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, beliau sudah bersedia untuk dibicarakan meskipun ia akan mengambil masa yang panjang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#pendakwah
#Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful
#cabul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan