KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat kenyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan bersambung 27 Ogos di Mahkamah Tinggi di sini.
Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee berkata, perbicaraan kes itu yang dijadualkan bersambung hari ini, ditangguhkan setelah tertuduh menjalani kuarantin kendiri sehingga 1 Ogos selepas menjadi kontak rapat pesakit COVID-19.
"Oleh itu perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin akan bersambung pada 27 Ogos," katanya semasa dihubungi pemberita hari ini.
Setakat ini, tiga saksi telah memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 21 Mei lepas.
Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek yang dikeluarkan oleh bekas perdana menteri itu dan dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.
Beliau turut berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 22 2021

Peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee berkata, perbicaraan kes itu yang dijadualkan bersambung hari ini, ditangguhkan setelah tertuduh menjalani kuarantin kendiri sehingga 1 Ogos. - Bernama

Melayu mudah lupa bersama PH - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan orang Melayu termasuk pemimpinnya yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai Melayu yang mudah lupa.

Penubuhan yayasan bagi setiap persatuan sukan tak munasabah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berpendapat agak sukar untuk setiap persatuan sukan menubuhkan yayasan sendiri khususnya bagi menjaga kebajikan bekas atlet mereka sewaktu di alam persaraan.

Jamal Abdillah, 29 penggiat seni dibenar saman tuntut royalti PRISM
Jamal menganggap keputusan itu juga adalah satu amaran kepada pihak badan pelesenan lain agar lebih telus dalam melaksanakan tugas dan memberi kesedaran kepada penggiat seni

Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

Belum tiba masa lawan Brazil, Argentina - Hamidin
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan skuad Harimau Malaya berpeluang mengadakan aksi persahabatan berdepan dua gergasi bola sepak dunia, Brazil dan Argentina, pada akhir tahun lepas.

Budak 2 tahun hilang di ladang kelapa sawit
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikhuatiri hilang di kawasan ladang kelapa sawit di Kinabatangan sejak lima hari lalu.

Lorong 'SmartLane' USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE bermula hari ini
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari USJ ke Seafield boleh menggunakan lorong paling kiri menerusi ujian rintis awam 'SmartLane' bermula hari ini.

Isu Pulau Pinang: "Saya ada sandaran" - Sanusi sedia ke mahkamah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bersedia untuk ke mahkamah berhubung dakwaan Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Isu Islamofobia antara yang akan dibincang dalam lawatan ke Paris - Zambry
Malaysia akan membincangkan isu menangani Islamofobia dalam lawatan sulung Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ke Paris, Perancis pada Khamis.

Agong zahir ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun TUDM ke-65
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-65 kepada seluruh warga dan veteran TUDM.

Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September
Perbicaraan Lokman Noor Adam yang didakwa membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan bermula September ini.

Kes 1MDB: Najib cirit-birit, perbicaraan tangguh lagi
Perbicaraan 1MDB babit Najib di Mahkamah Tinggi pada Khamis, tertangguh lagi selepas beliau masih menerima rawatan akibat cirit-birit dan berisiko mengalami dehidrasi.

Najib wajar dibebas dan dilepaskan - Hakim Abdul Rahman
Abdul Rahman berkata, telah berlaku penyelewengan keadilan, bahawa Najib dinafikan daripada hak mendapat perbicaraan yang adil.

Polis cari Sivakumar untuk perbicaraan di mahkamah
Polis sedang mengesan T. Sivakumar yang merupakan saksi penting berhubung perbicaraan kes pemerdangangan manusia dan penyeludupan imigran.

Siti Nuramira masuk wad, kes mahkamah tangguh lagi
Perbicaraan kesnya boleh diadakan di rumah wanita itu atau di wad hospital sekiranya dia berterusan tidak hadir perbicaraannya di mahkamah.

Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut
Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit.

Petisyen PRU15: Abdul Hadi hadir ke mahkamah esok
Pemimpin itu dijadualkan memberi keterangan jam 9.30 pagi di hadapan Hakim Pilihan Raya, Datuk Hassan Abdul Ghani.

Perlu cari penyelesaian isu tempoh perbicaraan di Mahkamah Syariah
Mohd Na'im berkata ia susulan kebimbangan berlakunya kezaliman antara pihak-pihak terlibat akibat tempoh menunggu yang lama bagi sesuatu kes.

Bicara Ebit Lew: Polis rampas telefon bimbit Firdaus Wong
Seorang pegawai polis dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret beliau telah merampas telefon bimbit milik Firdaus Wong Wai Hung.

Saksi kes Ebit Lew tak dibenar beri keterangan melalui kamera
Mahkamah Majistret Tenom tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk saksi seterusnya bagi kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew memberi keterangan secara tertutup melalui kamera.