PUTRAJAYA:Mahkamah Persekutuan membenarkan perbicaraan kes rogol melibatkan bekas Exco Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Ipoh, Perak.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan rayuan Paul Yong selaku perayu selain berpuas hati rayuannya mempunyai merit.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Mary Kim Thiam Suan.
Panel hakim kemudian menetapkan 21 Disember ini untuk sebutan di Mahkamah Tinggi di Ipoh.
Dalam prosiding itu, Paul Yong diwakili peguam, Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, K. Mangai.
Terdahulu, Tengku Maimun memaklumkan telah membaca hujahan bertulis yang telah difailkan sebelum ini daripada kedua-dua belah pihak dan berpendapat panel tidak perlu lagi mendengar penghujahan secara lisan.
Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Paul Yong untuk memindahkan perbicaraan kes rogolnya ke Mahkamah Tinggi sebelum pasukan pembelaan membuat rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu pada 23 Ogos 2019 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh terhadap pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia berumur 23 tahun.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediamannya di Meru Desa Park antara pukul 8.15 dan 9.15 malam pada 7 Julai tahun lalu.
Astro Awani
Tue Dec 15 2020

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong (tengah) melambai ke arah pemberita ketika hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini, bagi perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia. - Foto BERNAMA

AWANI Ringkas: Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Tringgus, Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

Pindaan Akta 728 mampu luaskan bidang kuasa Maqis
Perkara itu sudah di peringkat akhir penelitian oleh pihak Jabatan Negara sebelum dibawa ke Parlimen untuk proses kelulusan.

Hadi Awang yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana lebih baik
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.

Polis tahan warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan tawar gelaran Datuk palsu
Penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada Istana Kelantan.

5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Operasi dilakukan dengan menggunakan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

COVID-19: Perintah sekatan di Auckland kembali dilonggarkan ke tahap dua
Sebarang perhimpunan sosial dihadkan kepada 100 orang pada satu masa.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

Polis tahan 2 lelaki Thailand miliki ganja mampat lebih RM100,000
Dua lelaki Thailand ditahan bersama 42 ketul ganja mampat bernnilai lebih RM100,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Charuk Tenang, dekat Sik, pada Sabtu malam.

Dua bekas Adun DAP, Paul Yong dan A Sivasubramaniam sertai Bersatu - Laporan
Adun Tronoh, Paul Yong dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam yang menang atas tiket Pakatan Harapan (PH) dikatakan kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bicara kes rogol ADUN Tronoh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan rayuan Paul Yong selaku perayu selain berpuas hati rayuannya mempunyai merit.

Tarikh bicara kes rogol ADUN Tronoh 19 Okt depan
Menurut Azhar, mangsa atau saksi utama kes itu telah menunggu selama setahun selain ia turut mendapat perhatian, kedua-dua negara.

Polis kawal demonstrasi di Pusat Khidmat ADUN Tronoh
Satu pihak merupakan penyokong ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, sementara satu lagi kumpulan yang membantah tindakan Yong keluar parti dan menjadi ADUN Bebas baru-baru ini.

DAP pecat Norhizam Hassan Baktee
Lembaga Disiplin DAP memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

"Memang ada rancangan jatuhkan MB Perak" - Bekas ADUN DAP
Dua bekas pemimpin DAP Perak yang keluar parti mengesahkan wujud rancangan untuk menjatuhkan Menteri Besar ketika pemerintahan Pakatan Harapan.

Exco Perak nafi keluar DAP, sertai gabungan baharu
Paul Yong Choo Kiong menegaskan beliau masih menganggotai parti itu.

Exco dituduh merogol: Tidak benar kes ditutup - Polis Perak
Tegasnya, tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyebarkan kononnya kes tersebut telah ditutup.

Kediaman Exco Perak dipecah masuk
Kediaman Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong yang sedang menghadapi perbicaraan kes merogol pembantu rumahnya dipecah masuk di Meru Raya Desa Park, Bandar Meru Raya, Ipoh.

Masih dalam perbicaraan, Paul Yong hadir sidang DUN
Yong berkata, Ahmad Faizal menyokongnya kembali bertugas seperti biasa, setelah perbincangan diadakan di antara mereka.